Terkini...Semakin Cerdik,Ainul suka tengok camera!

Terkini...Semakin Cerdik,Ainul suka tengok camera!

Terkini...Semakin Cerdik,Ainul suka tengok camera!

Mengantuk cari mama, main cari walid. Ainul Mardhiah makin menunjukkan perkembangan positif. Selepas pembedahan bayi ini semakin bijak dan panjang akal!

Ainul Mardhiah, 10 bulan mengalami Germ Cell Tumor kini sedang dirawat  selepas menjalani pembedahan berisiko tinggi membuang ketumbuhan selama 5 jam di sebuah hospital kanak-kanak di London.


SUDAH PANDAI BERMANJA DENGAN MAMA & WALID

Bapa Ainul, Ahmad Safiuddin berkongsi tentang perkembangan terbaru Ainul. Katanya Ainul kini sudah tahu bermanja dengan mama dan walid. 

Ketika mengantuk mencari mama dan bila ingin bermain, mencari walidnya. 

Paling comel, Ainul sudah tahu tentang kamera dan gambarnya dirakamkan.

😊
Posted by Ahmad Safiuddin on Thursday, 20 June 2019

“Kalau nak tidur, ainul cari mama dia.
Kalau nak main, ainul cari walid dia.

“Walid dia pernah try tepuk-tepuk ainul suruh tidur, walaupun dia dah mengantuk, tapi mata dia terbuka luas.

“Sampai dekat mama dia, mama dia tepuk tak sampai seminit dah tertidur.

                         

“Yang paling kelakar, Ainul suka tengok camera! Dia tahu-tahu je orang nak ambil gambar dia 😁

                         

“Dah puas main, dia tidur 😁

“Seronok Ainul hari ni sebab dapat tidur tangan dekat luar.”

Selain itu, dalam kemaskini terbaru, Ahmad Safiuddin turut berkongsi Ainul kini semakin bijak. Ainul suka bermain dengan tangannya dan tidak suka sekiranya tangannya dibalut.

“Ainul sekarang dah panjang akal. Dia dah tak reti nak tidur, kerja dia main tangan. Cukup marah kalau tangan kena balut.”

                         

Ahmad Safiuddin tidak putus mengucapkan kesyukuran atas perkembangan baik anaknya dan turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan.

“Alhamdulillah. Perkembangan ainul setiap hari bertambah baik. 

“Tuan/puan semua orang orang baik yang sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan ainul. 
“Semoga doa-doa yang baik tu Allah kembalikan semula kepada tuan/puan dan keluarga.”

Ramai yang mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan buat Ainul Mardhiah. Mereka bersyukur dan gembira melihat perkembangan positif bayi ini.



Sumber: Ahmad Safiuddin

Post a Comment

0 Comments