Rakan karib terkejut, "Haziq tak pernah jadi g@y" Video Ke 2 Tersebar Lagi

Rakan karib terkejut, "Haziq tak pernah jadi g@y" Video Ke 2 Tersebar Lagi

Rakan karib terkejut, "Haziq tak pernah jadi g@y" Video Ke 2 Tersebar Lagi

RAKAN karib Muhammad Haziq Abdul Aziz, yang merupakan graduan undang-undang di Universiti Malaya (UM), mengatakan mereka tidak pernah mengetahui rakannya itu adalah gay.
Dua rakan karib, yang juga merupakan kenakan keluarga Muhammad Haziq, 27, berkata, mereka mengenali Haziq lebih sedekad dan sepanjang perkenalan itu, rakannya itu tidak pernah menjadi gay dan menjalinkan hubungan yang baik dengan seorang wanita selama bertahun-tahun.
"Dia mempunyai teman wanita sebelum ini. Mereka menjalinkan hubungan lama sebelum saya mendapat tahu mereka telah berpisah, baru-baru ini," kata seorang rakan.

Seorang rakan Muhammad Haziq yang sama-sama belajar di Sekolah Sains Alam Shah di Cheras berkata, dia seorang yang kuat agama dan aktif dalam persatuan pelajar Islam di sekolah.
"Dia seorang yang kuat agama semasa zaman sekolah dan dia pernah mendedahkan seorang budak lelaki lain yang 'menyentuh' pelajar junior semasa mereka sedang tidur. Dia amat tegas pasal hal tu.
"Saya tahu dia dah lama ada teman wanita. Dia datang dari keluarga yang baik-baik dan dihormati di Kuching. Dia begitu rapat dengan keluarganya.
"Saya yakinkan ibunya untuk izinkan dia ambil jurusan undang-undang selepas SPM. Kami bersama-sama pergi ke Toulon, Perancis untuk kursus kepimpinan.
"Kami bersama mengasaskan Mahasiswa Keadilan Malaysia. Kemudian kami membawa haluan masing-masing kerana saya mula melakukan kerja-kerja NGO manakala dia lebih kepada parti politik," ujar seorang rakan.
Sejak Selasa, video yang memaparkan dua lelaki melakukan hubungan seks dengan salah seorangnya mirip menteri tersebar di media sosial.
Pada Rabu, Muhammad Haziq membuat pengakuan di Facebook bahawa dia merupakan lelaki di dalam video seks itu.
Dia juga menyebut nama menteri yang didakwa bersama dalam rakaman itu dan menyelarnya tidak layak menjadi pemimpin.
Muhammad Haziq juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) supaya menyiasat menteri tersebut kerana rasuah. - The Star


'Bahagian ke 2' klip video seks disebar jam 7 petang

KUALA LUMPUR: Susulan tersebarnya klip video membabitkan individu yang didakwa mirip wajah seorang menteri Kabinet sejak semalam, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali pada Selasa tampil membuat penafian penglibatan beliau dalam rakaman lucah berkenaan.

Namun beberapa jam kemudian, 'Bahagian 2' klip video seks berkenaan telah disebarkan, lapor portal Malaysiakini.

Video kedua berkenaan dipercayai disebarkan individu tidak dikenali sekitar jam 7 petang ini.

Portal itu mendakwa modus operandi yang sama digunakan di mana banyak kumpulan Whatsapp dicipta dengan memasukkan nama pelbagai individu, termasuk wartawan.

Dipercayai pengendali kumpulan WhatsApp itu merancang untuk menyebarkan dua lagi klip pada bila-bila masa.

Post a Comment

0 Comments