Terlalu Rindu...Suami Faziani Telan Pil Tidur

Terlalu Rindu...Suami Faziani Telan Pil Tidur

Terlalu Rindu...Suami Faziani Telan Pil Tidur
SUDAH lima hari pemergian pengasas Dnars, Faziani Rohban Ahmad pergi meninggalkan kita.


Namun, Kisah-kisah belakang tabir Faziani yang dipenuhi cerita kemuliaan hati arwah sepanjang masih hidup, terus menjadi percakapan orang.

Pemergiannya meninggalkan bekas yang sangat dalam kepada keluarga terutama suami, Ahmad Rizal Ibrahim, 42, dan lapan anak mereka.

Kesan itu lebih menebak jiwa Ahmad Rizal kerana dialah pemandu kereta Toyota Estima hitam yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan nyawa isterinya itu ketika dalam perjalanan ke Pattani, Thailand.

Portal mStar Online memetik kenyataan Ahmad Rizal sebagai berkata, dia mulanya berasa kesal kerana kemalangan berlaku ketika dia terlalu mengantuk lantaran kepenatan.


“Memang pada awalnya saya rasa bersalah sebab terlelap sebelum kemalangan berlaku. Tapi ustaz-ustaz yang berjumpa saya memberitahu ia sekadar asbab atau sebab yang menyebabkan kemalangan itu.

“Setiap yang berlaku telah diaturkan dan ditakdirkan Allah. Walaupun merasakan terlalu awal beliau pergi, tapi saya reda,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Rizal.

Katanya, rancangan untuk menyampaikan sumbangan ke rumah anak-anak tahfiz di Pattani, Thailand pada hari kejadian atas permintaan isterinya.

Menurut Rizal, kebiasannya, mereka menyalurkan sumbangan melalui akaun bank setiap tahun, namun kali ini isterinya meminta untuk berjumpa dengan ustaz-ustaz dan anak-anak tahfiz berkenaan.
Katanya, kali terakhir mereka ke rumah anak-anak tahfiz itu pada akhir tahun lalu.

Rizal mendedahkan dia tidak dapat tidur sejak pemergian arwah isterinya pada Sabtu lalu kerana begitu merindui isterinya.

                   

Menurut Rizal, dia terpaksa bergantung kepada pil untuk tidur dan lebih tenang.

“Rindu saya dengan isteri adalah rindu yang tidak berkesudahan. Tak dapat nak gambarkan perasaan rindu tu, saya cukup rindukannya.

“Tapi ustaz-ustaz yang datang ke rumah ada beritahu saya kalau saya rindu dia, maknanya itu adalah rindu yang berbalas.

“Satu kerinduan yang cukup manis. Masa tu, barulah saya dapat tenang sedikit dan akhirnya boleh tidur malam tadi (Selasa malam) buat pertama kali,” katanya.

Rizal berkata, hubungan mereka begitu akrab sejak berkahwin sembilan tahun lalu, iaitu masing-masing perkahwinan kedua mereka dan mulai saat itu pasangan ini akan ada bersama walau di mana sahaja.

                              

Beliau menambah, sebelum ini, ia bagaikan sesuatu yang luar biasa sekiranya salah seorang daripada mereka tiada di sisi masing-masing.
“Kami sering bersama ke mana-mana. 

Tapi, kalau saya atau arwah tak bersama sebab ada hal tertentu contoh kerana hal kerja, ia akan dilihat luar biasa kalau tidak ditemani antara satu sama lain.

“Sama ada dia tidak temani saya atau saya tidak menemani dia, itu luar biasa bagi orang sekeliling. Tapi, sekarang luar biasanya tak macam dulu, dia dah pergi meninggalkan saya buat selama-selamanya,” ujarnya.

Menyifatkan Faziani seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab, Rizal berkata, arwah menjaga dan mendidik anak-anak kandung dan tiri secara sama rata.

Tambahnya, arwah isterinya mempunyai tiga anak kandung dan empat anak tiri daripada perkahwinan pertama masing-masing, selain anak kandung hasil perkahwinan mereka.

“Arwah tidak pernah membezakan layanan terhadap anak-anak kandung dan tiri, dia anggap anak-anak saya seperti anak-anak dia sendiri.

“Dia bukan saja isteri dan ibu kepada anak-anak kandung dan anak-anak tiri kami serta rakan niaga, malah juga teman untuk saya mengadu dan meluahkan perasaan. Sekarang saya dah tak ada teman lagi, terpaksa cuba membiasakan keadaan itu,” katanya dengan nada sebak.

Pada Sabtu lalu, Faziani yang merupakan pengasas produk kecantikan maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki bersama suaminya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Pattani, Thailand.

Dalam tragedi kira-kira pukul 10.45 pagi itu, suami isteri itu dalam perjalanan untuk menyerahkan sumbangan ke rumah anak-anak tahfiz di kawasan berkenaan.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar dekat Wakaf Bharu, di Tumpat, Kelantan, kira-kira pukul 10 malam Sabtu.

Post a Comment

0 Comments