SEORANG lelaki bersama rakannya yang menyaksikan kemalangan jalan raya yang mengorbankan Puteri Diana menjelaskan kematian puteri kesayangan ramai itu pada 1997 bukannya ‘satu kemalangan’.
Daily Mail melaporkan, Robin dan Jack Firestone mendakwa mereka masih hidup dalam ketakutan selepas melaporkan kehadiran dua kereta misteri di tempat kejadian.
Puteri Diana, 35, dan kekasihnya, Dodi Fayed, 42, serta pemandu mereka, Henri Paul, 41, meninggal dunia dalam nahas di Terowong Pont de’ l’Alma, Paris pada 31 Ogos 1997.
Puteri Diana dan Dodi Al Fayed
Firestone memberitahu Express, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke hotel ketika memandu ke terowong itu, hanya beberapa minit selepas kemalangan.
Jelasnya, dia dan Robin melihat dua kereta ‘formal’ dan diletakkan secara pelik di depan Mercedes S280.
Tetapi pada keesokan harinya, mereka menyedari bahawa individu yang berada di dalam Mercedes itu adalah Puteri Diana.
Mereka kemudiannya bertemu dengan seorang pegawai polis Perancis untuk melaporkan mengenai kereta misteri yang berada di lokasi kejadian itu.
Robin berkata: “Kami beritahunya kami berada di dalam terowong itu. Tanpa teragak-agak dia (pegawai polis) berkata pihaknya sudah mempunyai cukup saksi. Kami terkejut (dengan jawapan itu) kerana mereka tidak mahu bercakap dengan saksi.”
KEADAAN kereta Mercedez hitam yang dinaiki Diana dan Dodi selepas kemalangan di Perancis pada 1997.
Mereka mendakwa telah dihentikan daripada memberikan keterangan oleh pihak berkuasa Perancis dan Britain kerana begitu kontroversi.
Mereka juga tidak dipanggil untuk inkues pertama yang diadakan di London pada Januari 2007.
Robin berkata, dia dan Firestone masih hidup dalam ketakutan kerana apa yang mereka lihat atau saksikan.
“Saya tidak fikir kematian Puteri Diana adalah kemalangan. Saya berharap satu hari nanti, Putera William dan Putera Harry mahu bertanggungjawab untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kepada ibunya,” katanya.
Kehidupan rumah tangga Diana bersama Putera Charles tidak dibayangi dengan pelbagai kontoversi termasuk kecurangan kemudian berakhir dengan perceraian.
Rumah tangga Diana dan Putera Charles tidak bertahan lama.
Pada 31 Ogos 1997, lima tahun selepas bercerai dengan Putera Charles, Diana dilaporkan terbunuh dalam kemalangan apabila Mercedes hitam yang dinaiki bersama Dodi dikatakan merempuh dinding terowong Pont de l’Alma, Paris.
“My God (Tuhanku),” dilaporkan menjadi kalimat itu terakhir diucapkannya, seperti diceritakan Sebastien Dorzee, anggota polis Perancis yang pertama kali tiba di tempat kejadian.
Bagaimanapun, kematian Diana mencetuskan pelbagai macam polemik, antaranya kemalangan tragis itu sudah dirancang.
Pada 2013, terdapat maklumat yang diterima berhubung kematian Diana termasuk dakwaan bahawa beliau telah dibunuh oleh seorang tokoh tentera British.
0 Comments