Ramadhan Tercemar...Foto mirip Aliff Aziz tersebar lagi, tak pakai baju dengan minah Tiktok

Ramadhan Tercemar...Foto mirip Aliff Aziz tersebar lagi, tak pakai baju dengan minah Tiktok

Ramadhan Tercemar...Foto mirip Aliff Aziz tersebar lagi, tak pakai baju dengan minah Tiktok
  1.                             

KESUCIAN bulan Ramadan tercemar dengan penularan foto mirip penyanyi Aliff Aziz yang tidak berbaju bersama seorang wanita dalam berpakaian seksi tersebar di laman sosial.
Selain foto, turut tersebar satu rakaman video live Instagram memperlihatkan lelaki yang juga dikatakan menyerupai Aliff bersama wanita sama dikenali sebagai Nismell.
Lantaran itu netizen mula menyerang ruang komen Instagram penyanyi lagu Sayang Sayang berkenaan sejak pagi Selasa.
"Asal nak curang saja kantoi. Tak pernah tak kantoi kan. Check in dengan minah Tiktok pun jadi.

Foto dan rakaman video 'live' IG Aliff dan wanita tersebut tersebar.
"Betullah orang kata lelaki apabila dah kantoi sekali memang nak lagi. Aku rasa Bella ni kurang baik apa dengan kau? Tak malu ke viral untuk kali ketiga, kau check in dengan perempuan lain?
"Minah Tiktok pun kau nak. Apa benda saja selesa kau ni. Jauh level dengan bini (isteri) kau. Buat kerja tak pernah bersih. Bebal tak reti nak simpan," demikian komen beberapa netizen.
Untuk rekod, ini merupakan berita ketiga kes curang membabitkan Aliff dilaporkan media.
Pertama kali Aliff didapati curang hingga menggemparkan dunia hiburan adalah pada 2017 iaitu membabitkan pelakon Afifah Nasir apabila mereka didapati keluar berhibur di pusat karaoke.
Antara serangan netizen di laman Instagram Aliff.
Kemudian pada Februari lalu, Aliff didakwa berlaku curang apabila keluar bersama pelakon Oktovia Manrose seperti yang didedahkan oleh isterinya, Bella Astillah.
Dalam pada itu, ruang komen Instagram Bella turut menjadi tempat netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita itu yang terpaksa melalui perkara yang sama buat kali ketiga.
"Saya sokong awak macam mana pun Bella. Awak layak dapat yang lebih baik daripada Aliff. Saya sumpah dua kali okey awak bagi dia peluang. Ni kali ketiga dia curang, saya tak tahu macam mana awak kuat.
"Hmm... Seperti ia berlaku sekali lagi, lagi dan lagi. Fikir fasal diri anda. Ini yang anda mahukan untuk diri sendiri dan anak? Fikir dalam-dalam. Sayang diri sendiri, Bella.
Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen.
"Semoga kuat Bella. Lepaskanlah dia. Dia tidak layak untuk anda," tulis beberapa orang netizen di laman sosialnya.
Sementara itu usaha mStar menghubungi Bella dan Aliff bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu ini bagaimanapun masih belum berhasil.
Selain itu, menerusi Instastory wanita tersebut turut menjawab persoalan netizen yang bertanya mengenai hubungannya dengan penyanyi berkenaan.
Menurut wanita itu, foto yang didakwa dia bersama Aliff  tersebut disebarkan rakan baiknya atas sebab tidak membayar hutang. 
Malah, dia meminta individu tersebut  memadam foto berkenaan yang dianggap tidak tahu cerita sebenar.
Wanita itu memberitahu punca foto tersebut disebarkan kerana masalah tidak membayar hutang.
"Wey kau nak kutip hutang janganlah sampai viral gambar aku. Macam tak ada otak saja. Korang tak tahu cerita, jangan lebih.

"Baik kau padam gambar tu kau memang tak ada otak la. Aku baik-baik dengan kau lepas tu kau pijak kepala aku," katanya.
Menerusi laporan mStar pada 28 April lalu, Bella memberitahu dia masih memerlukan masa bagi menyelesaikan kemelut rumah tangganya dengan Aliff.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 25, berkata apa juga tindakan yang bakal diputuskan, dia perlu memikirkan tentang masa depan anak mereka, Mohamad Ayden Adrean.
Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ayden yang kini berusia dua tahun.

Post a Comment

0 Comments