“Orang Lain Buka Kedai Makan, Kau Pun Nak Buka”, Kafe Elfira Loy Dikritik Pelanggan

“Orang Lain Buka Kedai Makan, Kau Pun Nak Buka”, Kafe Elfira Loy Dikritik Pelanggan

“Orang Lain Buka Kedai Makan, Kau Pun Nak Buka”, Kafe Elfira Loy Dikritik Pelanggan
Antara bidang perniagaan yang diceburi oleh Elfira Loy ialah makanan dan minuman dan ramai tahu bahawa dia telah membukan sebuah kafe bernama Love Me Seven Days di Alam Damai, Cheras pada tahun 2015.
Seorang pengguna Twitter baru-baru ini menceritakan pengalaman kurang enak sewaktu dia membuat tempahan dan berbuka puasa di sana. Bengang dengan pengalaman tersebut, dia menulis di Twitter:
Love Me Seven Days ke Hate Me Seven Days?
Pengajaran untuk saya untuk tidak makan di LMSD lagi. Saya buat tempahan pada 6 Mei untuk 10 orang dewasa dan 3 kanak-kanak untuk buka puasa. Saya siap bayar deposit untuk tempah.
Saya dapat rasa ada yang tak kena memandangkan mereka tidak jawab teks saya setelah saya buat bayaran, jadi saya datang ke kafe itu jam 5.30 petang hari ini. Apa yang mengejutkan, mereka boleh terlepas pandang tempahan saya dan cuba tipu saya kononnya saya hubungi nombor telefon yang salah.
Mujurlah saya simpan semua perbualan dengan mereka dan bukti bayaran deposit. Masa tu baru mereka akui kesilapan. Bukan itu saja, sejak 6 Mei saya dah tanya tentang menu supaya saya boleh buat pesanan lebih awal tetapi sia-sia, tiada siapa jawab permintaan saya.
Saya buat pesanan pada 6.00 petang hari ini dan diberitahu pesanan saya akan sampai selepas maghrib. Saya tanya lama ke nak siap, mereka kata tak lebih dari 7.45 petang tapi sebenarnya pesanan saya lewat sampai 8.30 malam. Bukan itu saja yang teruk.
Tiap kali mereka hidangkan makanan, mereka tak tahu pun benarkah kami pesan  makanan tu dan minta kami sahkan. Sangat menjengkelkan dan mengecewakan. Menu awak tak disekalikan dengan gambar, mana kami nak tahu macam mana rupanya?
Tambahan lagi, mereka sekali pun  tak minta maaf. Orang lain buka kedai makan, kau pun nak buka. Tapi nak urus tak reti langsung. Memalukan saja LOVE ME SEVEN DAYS. Awak juga, Elfira Loy. Saya tahu awak cari nama awak (di Twitter).
Menurut Netizen, terdapat pelbagai review negatif kafe itu di Google Reviews:
Ada pengguna Twitter itu menambah:

Ada yang mendakwa kafe Love Me Seven Days sebenarnya sudah bertukar pengurusan tetapi kesahihannya tidak dapat dipastikan.
Ramai selebriti menceburi bidang perniagaan makanan dan minuman dengan membuka kafe namun biasanya tidak bertahan lama. Kita tunggu sama ada Elfira akan memberi respons berkenaan aduan ini. – 

Post a Comment

0 Comments