Meskipun ramai menyifatkan kehidupan Nora Danish dan keluarganya agak terbuka, akan tetapi pelakon itu tidak lupa mendidik anak-anaknya mengenai ajaran Islam.
Baru-baru ini, Nora membuat perkongsian di akaun Instagram yang kelihatan anak lelakinya iaitu Putera Rayqal dan Mohamed Nedrin sedang mendirikan solat.
Foto Rayqal dan Dre ketika solat
Namun, perkongsian itu telah mengundang perhatian dan teguran oleh segelintir netizen di ruangan komen entri tersebut.
Solat apa kaki macam tu?
Terdapat juga seorang individu yang mempersoalkan cara solat kedua-dua mereka mengikut ajaran mana apabila kedudukan tangan Rayqal turut menjadi tumpuan.
Mazhab apa?
Komen itu telah meraih lebih 60 reaksi netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan individu tersebut.
Tangan hang nak luruih pun takpa. Jangan korek hidung sudah…
Budak lagi kot!
Aku dulu time kecik rukuk tangan kat hujung kaki. Kau rasa ?
Namun selain mendapat komen negatif, ada juga yang memandang perkara itu daripada sudut positif dengan memberikan nasihat yang baik serta pujian.
Semoga menjadi anak yang soleh…
Terbaik Nora…
Anak yang baik…
Sumber : Nora Danish
0 Comments