Hajat Pemandu Grab Kahwin Tak Kesampaian,Rakan-rakan Luah Sesuatu Di Media Sosial

Hajat Pemandu Grab Kahwin Tak Kesampaian,Rakan-rakan Luah Sesuatu Di Media Sosial

Hajat Pemandu Grab Kahwin Tak Kesampaian,Rakan-rakan Luah Sesuatu Di Media Sosial

Kematian seorang pemandu Grab, Mohd Hanafiee Jaafar yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu mengundang sebak rakan-rakannya dengan meluahkan dedikasi istimewa di laman media sosial.



Biby Izura Abdullah, salah seorang kenalan arwah menyifatkan pemuda berusia 27 tahun itu seorang rakan yang baik sepanjang menjalinkan persahabatan mereka.

“Zura jangan lambat kahwin, aku nak pergi majlis kau.”

Semoga tenang di sana sahabat… kawan yang baik, anak yang baik..

Semoga amalan baik Napi diterima Allah…

Seorang lagi rakannya, Azmir Izani berkongsi perbualan akhir dimana arwah sering berbual tentang kerja yang berhasrat mahu mendirikan rumah tangga dengan bekerja sebagai pemandu Grab dan pereka grafik.

Seorang yang rajin, cekap buat kerja, hormat orang…

Perbualan terakhir, perjumpaan terakhir…

Semoga rohnya dicucuri rahmat…


Terdahulu, kereta arwah yang terdapat kesan darah di bahagian stereng, brek tangan, pintu dan cermin ditemui di kawasan tapak Bazar Ramadan, Indah Permai, Kota Kinabalu pada 12.30 tengah malam Ahad lalu.




View image on TwitterView image on TwitterView image on Twitter

Guys , mmbe aku hilang semalam and might be kena rompak sbb kereta grab dia penuh dgn blood stains, hopefully nothing bad happen to him bulan ramadhan ni


Manakala mayatnya disahkan oleh keluarga mangsa setelah dijumpai oleh orang awam di kampung Shahbandar, Tuaran, Kota Kinabalu, petang semalam.

Latest update : Mayat dijumpai , kemungkinan Hanafie . Pakaian sama dgn kali terakhir dia dijumpai , tp still unsure sbb nak buat ujian dna utk kepastian
Dukacita dimaklumkan , mayat telah disahkan oleh ahli keluarga . Salam takziah kepada keluarga Mohammad Hanafie bin Jaafar , semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh . Al-fatihah



Sumber : Facebook , Twitter

Post a Comment

0 Comments