Di Tahan SPRM:Bung Mokhtar Sudah Mengaku Kalah?

Di Tahan SPRM:Bung Mokhtar Sudah Mengaku Kalah?

Di Tahan SPRM:Bung Mokhtar Sudah Mengaku Kalah?

KUALA LUMPUR – “Biar mahkamah jalankan tugas mereka,” kata Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menjawap pertanyaan warga net, ti:tÊŒn @zizantitan berhubung penahanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi di Sabah.
Menurut Ahli Parlimen Kinabatangan itu, jika seseorang telah masuk ke gelanggang politik mereka harus bersedia berhadapan dengan semua kemungkinan.
“In shaa allah, perjalanan hidup kita ini semuanya ditentukan Allah, dan tidak ada yg terkecuali, kebenaran pasti menjadi benar,” katanya dalam akaun Twitter.
SPRM dalam kenyataan hari ini mengesahkan penahanan Bung Moktar pada pukul 10.50 pagi di SPRM Sabah manakala isterinya, Datin Seri Zizie Izette A. Samad ditahan di Putrajaya pada pukul 11.15 pagi.
Kedua-duanya ditahan selepas hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan Felcra. Mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.
Pasangan suami isteri itu akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat ini.
Ketika ditanya pemegang akaun Twitter, Jimmy Czarr mengenai keadaan beliau, Bung Moktar berkata: “Ok x ok kita bagi ok je lah, kita dipihak yg kalah maka kita buat cara orang kalah,’.

 – MalaysiaGazette

Post a Comment

0 Comments