Bung Mokhtar Di Tahan?

Bung Mokhtar Di Tahan?

Bung Mokhtar Di Tahan?


    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini menahan seorang anggota parlimen daripada BN, kata sumber.
    Menurut sumber, anggota parlimen dari Sabah itu ditahan bersama isterinya yang juga seorang pelakon.
    "Mereka ditahan untuk membantu siasatan kes rasuah yang berjumlah berjuta-juta ringgit," kata sumber.
    Malaysiakini dimaklumkan kes itu mempunyai kaitan dengan peranan anggota parlimen itu sebagai pengerusi sebuah agensi kerajaan.
    Difahamkan pasangan itu dibebaskan selepas kenyataan mereka direkodkan.
    Sumber lain berkata pasangan itu dijangka didakwa mengikut Akta SPRM di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
    "Ahli Parlimen akan menghadapi tiga kes rasuah, sementara isterinya akan menghadapi pertuduhan bersubahat," kata sumber.

    Post a Comment

    0 Comments