Bapa Tak Pernah Marah,Anak Bongkar Peribadi Allahyarham Ustaz Abu Hassan

Bapa Tak Pernah Marah,Anak Bongkar Peribadi Allahyarham Ustaz Abu Hassan

Bapa Tak Pernah Marah,Anak Bongkar Peribadi Allahyarham Ustaz Abu Hassan

Kehilangan pendakwah terkenal, Ustaz Dato Seri Abu Hasan Din Al-Hafiz awal pagi semala, di ibaratkan bagai hilang sebutir permata kerana arwah antara agamawan yang amat disegani kerana keperibadiaanya yang mulia.
Selepas ini pasti ramai yang akan mula merindui ceramah Allayarham ustaz Abu Hassan, mana tidaknya setiap bait-bait ceramahnya penuh dengan pengisian rohani yang memberi manfaat.
Seperti sedia maklum, penyanyi Heliza Helmi antara selebriti yang banyak terlibat dengan program-program dakwah, maka itu secara tidak langsung Heliza mengenali secara peribadi pendakwah di Malaysia termasuk arwah ustaz Abu Hasan.

Dia tidak pernah marah…

Menerusi muat naik video di Instagram milik penyanyi itu, memaparkan sedikit perkongsian daripada anak perempuan ustaz Abu Hassan mengenai arwah bapanya yang tercinta.
Menurut anaknya, Munirah Abu Hasan, bapa mereka adalah seorang yang sangat penyabar dan tidak pernah sekalipun meninggikan suara walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

Cukup dengan kata2 nasihat…

Tambahnya, apabila anak-anak melakukan kesalahan, bapa mereka tidak mudah melatah sebaliknya menasihati, dengan menggunakan kata-kata yang mudah difahami oleh anak-anak,  adalah cara bapanya mendidik mereka sejak kecil lagi.

Patut dijadikan contoh buat ibu bapa…

Perkongsian itu sangat memberi inspirasi buat kesemua ibu dan bapa, cara didikan selari denga akhlak yang dimiliknya, membuat rata-rata netizen tersentuh dan mahu menjadikan arwah sebagai contoh.

Seronok dapat ayah macam tuan guru…

Peringatan dalam mendidik anak2…

Iktibar buat kami sebagai ibu dan baa…

Allahu, sehingga kini ilmu dan peribadinya masih lagi mampu memberi manfaat kepada orang lain, satu pemergian yang amat dicemburui semoga akan ada generasi meneruskan legasi dakwah arwah ustaz Abu Hasan.
Sumber : Heliza Helmi

Post a Comment

0 Comments