Wanita Malaysia didakwa ugut pasangan Australia kerana foto bayi yang sudah meninggal dunia

loading...
Loading...
Wanita Malaysia didakwa ugut pasangan Australia kerana foto bayi yang sudah meninggal dunia
Amiyah Windross, 11 bulan yang meninggal akibat masalah neurologi pada minggu lalu.



SEORANG wanita rakyat Malaysia didakwa cuba memeras ugut sepasang suami isteri yang baru sahaja kematian bayi mereka baru-baru ini.
Susulan itu, prosiding mahkamah pada Isnin tidak membenarkan Siti Nurhidayah Kamal, 24, diikat jamin kerana dikhuatiri lari meninggalkan Asutralia.
Ibu kepada dua anak itu didakwa menghubungi ibu bapa Amiyah Windross, bayi 11 bulan yang meninggal akibat masalah neurologi pada minggu lalu.
Wanita itu didakwa meminta AS$1,000 (RM4,134) untuk mengembalikan telefon bimbit milik pasangan itu.
Telefon itu dikatakan mengandungi foto-foto bayi berkenaan.
Ibu bapa Amiyah, Jay dan Dee Windross dikatakan dihubungi Siti Nurhidayah pada Selasa lalu setelah pasangan itu membuat rayuan secara terbuka kepada mana-mana individu agar memulangkan Samsung Galaxy S8 mereka yang dicuri.
Ibu bapa kepada bayi berkenaan yang meninggal dunia pada minggu lalu.
Peguamnya, Royce Dekker berkata, kliennya bercadang mengaku bersalah atas tuduhan membuat permintaan tidak wajar untuk wang tunai dengan ancaman ketika kes itu dibicarakan di Mahkamah Daerah Vicotria.
"Ia menjijikkan. Kenapa ada orang yang sanggup berbuat sedemikian jika mereka mengetahui keadaan kami.
"Dari mesej itu sudah boleh tahu. Bagaimana anda sanggup buat perkara memalukan," kata ibu bayi malang itu.
Siti Nurhidayah dikatakan menghubungi pasangan itu menggunakan WhatsApp selepas mereka membuat posting rayuan di laman sosial supaya telefon bimbit mereka dikembalikan.
Pasangan itu percaya insiden telefon itu dicuri berlaku di tandas bersebelahan gedung Target dekat Pusat Beli Belah Chadstone, Sabtu minggu lalu.
Siti Nurhidayah Kamal disyakki memeras ugut ibu bapa bayi berkenaan jika mahu telefon mereka dipulangkan semula.
Menurut Mahkamah Majistret Ringwood, Siti Nurhidayah dan suaminya bekerja sebagai penghantar Uber Eats dengan pendapatan AS$120 (RM496) sehari.
Siti Nurhidayah juga dikatakan bergelut dengan kehidupan apabila hanya bekerja sebagai penghantar makanan.
Pasangan Windross bagaimanapun berkata, Siti Nurhidayah dan suaminya menerima pendapatan lebih tinggi daripada mereka.
"Mereka perolehi duit lebih banyak berbanding kami. Kami terpaksa bayar bil hospital, tempat letak gereta, bil gadai janji. Dia pula ada di sana menangis kerana tidak mendapat wang secukupnya," kata ibu muda itu. - Daily Mail.

Post a Comment

0 Comments