Lelaki Persenda warga emas minta sedekah

loading...
Loading...
Lelaki Persenda warga emas minta sedekah

SEORANG lelaki menerima kecaman hebat orang ramai di media sosial selepas bertindak biadap merakam dan mempermainkan seorang warga emas yang meminta sedekah daripadanya.


Berdasarkan rakaman video, lelaki itu merakam wajah seorang warga emas yang membuat isyarat mahu meminta sedikit wang daripadanya untuk makan.

Dia bukan sahaja tidak mahu memberikan wang malah berpura-pura menangis dan mempersendakan warga emas berkenaan.

"Saya pun belum makan lagi, saya pun lapar belum makan," katanya sambil berlakon seolah-olah mengesat air mata.

Lelaki itu kemudian bertanya kembali kepada warga emas itu.

"Uncle mahu berapa ringgit?" soalnya.

"Dua ringgit," jawab warga emas itu ringkas.

"Tadi satu ringgit, sekarang mau dua ringgit," sekali lagi warga emas itu dipersendakan, namun wang tidak juga diberikan.

Rakaman video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok itu tersebar meluas di Facebook sekaligus menerima kecaman orang ramai yang menyifatkan perbuatan itu sangat biadap.

Setakat artikel ini ditulis video berkenaan telah ditonton sebanyak 456,875 kali.

Di bawah ini rakaman video berkenaan, sila klik untuk menonton.


Post a Comment

0 Comments