Doula dikecam melalut, buat simbol Ultraman ketika siaran langsung TV

loading...
Loading...
Doula dikecam melalut, buat simbol Ultraman ketika siaran langsung TV

SEORANG doula atau peneman ibu semasa bersalin dikecam teruk netizen kerana tidak menjawab soalan yang diajukan pengacara sebuah program bual bicara stesen televisyen tempatan, Jumaat malam.
Malah, netizen turut mempersoalkan kelakuan doula bebas, Hayati Muzaffar yang dilihat tidak profesional semasa program tersebut sedang bersiaran langsung.
Dia turut dilihat melakukan babak gerakan simbolik (fire) watak kartun adiwira terkemuka Jepun, Ultraman semasa program tersebut.
Topik yang dibincangkan dalam program Analisis yang disiarkan menerusi stesen TV Al-Hijrah pada Jumaat malam adalah "Doula: Peneman Ibu atau Pengganti Doktor?".
Seorang lagi panel jemputan ke program tersebut adalah Pakar perbidanan dan Sakit Puan, Prof Dr Imelda Balchin bagi menghuraikan mengenai perbezaan doula dan bidan terlatih serta risiko menggunakan perkhidmatan tersebut.
Susulan siaran program Analisis tersebut, Hayati atau lebih mesra disapa Kak Yat tampil mempertahankan dirinya menerusi beberapa posting yang dimuat naik di Facebooknya pada Sabtu.
Menurut Hayati, dia dituduh tidak memberikan fakta mengenai doula sedangkan peluang untuk berbuat demikian tidak diberikan.
Hayati Muzaffar.
"Masa diberi dua tiga minit sahaja spontan siaran langsung untuk jawab soalan ad hoc. Ada yang rasa dia mampu silakan," demikian menurut catatan Hayati pada posting tersebut.
Seorang pelayar Facebook Rusyainie Ramli berpendapat doula bebas itu dilihat cuba menyembunyikan sesuatu kerana kegagalan dalam menjawab soalan yang diajukan.
"Kegagalan doula duli cikebum menjawab soalan menunjukkan dia tak ada kredibiliti langsung sebagai apa yang dia pasarkan diri dia. Nampak sangat dia cuba menyembunyikan sesuatu.
"Nampak seakan dia tak mempunyai pengetahuan sebenarnya apa yang dia gebangkan selama ni. Sampai saya tertanya eh, kenapa saya tak faham apa yang diperkatakannya," tulisnya.
Bahkan Rusyainie kecewa dengan sikap doula tersebut yang dilihat tidak beradab semasa perbincangan sedang dilakukan.
"Sudahlah rancangan tu disiar secara langsung. Bahasa badannya sangat menjengkelkan.
"Di depannya ialah seorang pakar perunding O&G terkemuka, yang pastinya ahli dalam bidang perubatan, tapi begitu cara dia menyampuk pun, menunjukkan dia tidak mempunyai rasa hormat pada insan berilmu," katanya.
Dr Imelda Balchin.
Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji tindakan Dr Imelda yang dilihat tenang dan berjaya mengawal emosinya semasa di atas pentas.
Reez Khai berkata:"Sebenarnya cukup 1 soalan clear cut daripada Dr Imeda untuk patahkan hujah merepek geng doula. "Doula ini berdaftar dengan KKM ataupun tidak?" Geng doula terus menggelupur cuba mengelak tak nak jawab."
Dalam pada itu, Dr Imelda turut meluahkan rasa kecewa kerana doula yang sepentas dengan beliau seolah-olah tidak belajar daripada kesilapan lalu.
"Doula inilah yang mentauliah diri sendiri juga turut berada di sisi Amy Karmila, di hari dia (Amy) bersalin, di hari dia meninggal, bersalin secara lotus, tanpa kehadiran seorang pun pembantu kelahiran yang mahir.
"Tiba-tiba saya diselubungi perasaan sedih sepanjang program berjalan. Sangat jelas bahawa doula yang berada tepi saya ini masih tidak sedar diri apa yang beliau telah lakukan. Sangat jelas doula yang berada tepi saya ini tidak belajar dari kesilapan lalu," katanya.
Malah Dr Imelda turut menasihati doula tersebut supaya bersatu dan mewujudkan Persatuan Doula Malaysia dengan pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Doula tidak boleh memberi nasihat perubatan. Gambar hiasan.
"Puan Hayati tanya saya, "KKM akan buat pertubuhan untuk doula ke?" Saya jawab, "Tidak, doula-doula mesti bersatu dan buat Persatuan Doula Malaysia sendiri.
"Kemudian jemput KKM untuk memberi nasihat bagaimana untuk mendapatkan pengesahan dan pengiktirafan. Anda perlu lakukan perkara ini," katanya.
Jelas Dr Imelda, dalam garis panduan dan standard operasi prosedur (SOP) doula antarabangsa, doula tidak boleh memberi nasihat perubatan.
"Puan Hayati sudah kata ‘BETUL' dan setuju, di depan saksi beribu-ribu penonton, tetapi hari ini Puan Hayati masih lagi bagi nasihat perubatan, bukan hanya itu, beri nasihat yang putar belit, menyeleweng dan salah pula," katanya.

Post a Comment

0 Comments