Telekung, tudung dalam restoran jadi misteri... Patutlah Ana Burger tanggung rugi!

loading...
Loading...
Telekung, tudung dalam restoran jadi misteri... Patutlah Ana Burger tanggung rugi!

SEJAK beberapa bulan lalu Ana sudah mula rasa bagaikan ada perkara yang tak kena dalam diri dan juga bisnes yang diusahakan.
Perniagaan kedai burger yang dibuka empat tahun lalu semakin merosot dan jatuh teruk pendapatannya.
Daripada kutipan RM5,000 sehari, dia hanya memperoleh RM1,000 sahaja. Banyak bukan?
Ahhh... mungkin itu semua kerana masalah ekonomi yang melanda negara pada ketika ini, orang berjimat-jimat membeli makanan. Lebih elok makan di rumah sahaja.
Tiga helai telekung misteri yang dijumpai di hadapan kedai miliknya.
Itu yang mulanya difikirkan Ana, pemilik Ana Burger D'Cafe berusia 41 tahun ini.
Kedai yang terletak di Kampung Jarak, Kangar Perlis itu sejak dibuka sentiasa tidak putus pelanggan. Hidangan pelbagai jenis burger yang enak antara tarikan restoran ini kerana tidak banyak restoran di Kangar yang menyediakan masakan barat sedap kepada pelanggan.
Namun itu semua dulu dan akhirnya tanda tanya dalam diri Ana atau Analiza Ahmad mengenai kemerosotan periagaannya terjawab selepas dia dan pekerja kedai menemui barangan pelik di kedai mereka.

Pelaris saya dalam perniagaan hanyalah masak sedap dan layan pelanggan dengan baik, itu sahaja.

Analiza Ahmad

Pemilik kedai burger

"Patutlah selama ini kedai aku semakin tak laku... ada orang hantar sihir rupa-rupanya," kata hati Ana saat dibertahu, pekerjanya terjumpa helaian tudung dan telekung di kedai mereka itu dalam kejadian yang disedari Disember tahun lalu.
Lebih teruk, kesihatan dirinya serta anak yang berusia enam tahun turut terjejas kerana mengalami demam berpanjangan sehinggalah berlaku penemuan kedua, beberapa hari lalu.
“Pada bulan lepas, kami menemui satu plastik berisi tiga helai tudung di hadapan kedai.
“Saya terus hubungi seorang ustaz. Atas nasihat dia, pada petang itu juga kami buang bungkusan misteri itu di Sungai Perlis.
Suasana kedai yang dipenuhi pelanggan sebelum penemuan barangan misteri tersebut.
"Selain demam, anak saya juga mengalami kembung perut. Sekarang saya letakkan dia di rumah makcik di Kuala Perlis untuk sementara waktu.
"Beberapa hari lalu, jumpa pula tiga helai telekung. Mungkin tiga helai tu dihantar untuk kami tiga beranak,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar Online.\
Menurut Ana, dia tinggal bersama seorang anak angkat dan bapanya yang berusia 84 tahun, berhampiran kedai burger mereka.
Bercerita mengenai perniagaannya, Ana mengakui sedih apabila pulangan sekitar RM5,000 yang berjaya dikutipnya setiap hari merosot kepada sekitar RM1,000 sahaja.
Posting penemuan tudung dan telekung yang dimuat naik ke Instagram.
Ujar Ana, perbuatan tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada dia sekeluarga, malah ia turut melibatkan 28 kakitangan restoran berkenaan.
“Saya mula berniaga empat tahun lalu, usaha sendiri sehingga ke tahap sekarang.
"Pesanan saya kepada orang yang buat tu, bertaubatlah. Kalau kamu orang berniaga, usaha sendiri, jangan tutup periuk nasi orang.
“Pelaris saya dalam perniagaan hanyalah masak sedap dan layan pelanggan dengan baik, itu sahaja dan bukan buat khianat pada orang,” katanya lagi.
Antara menu yang ditawarkan di kedai burger milik Ana.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati mereka terhadap Ana di ruangan komen video berkenaan.
"Hadoi zaman maju masih ada amalan kuno. Bersainglah secara sihat. Rezeki kita dapat tu berkat," tulis amy_c70.
"Dengki la tu, semoga Allah membalas perbuatan keji," tulis seorang lagi pelayar Instagram.
Ketika ini Ana sedang berusaha memulihkan perniagaannya dan kita sama-sama doakan agar bisnesnya ini akan kembali berkembang seperti sediakala.

Post a Comment

0 Comments