Di Jual Semasa berusia 13 tahun, Lahirkan 44 Orang Anak, Wanita Ini Besarkan Sendirian Tanpa Bantuan Suami!

Di Jual Semasa berusia 13 tahun, Lahirkan 44 Orang Anak, Wanita Ini Besarkan Sendirian Tanpa Bantuan Suami!

Di Jual Semasa berusia 13 tahun, Lahirkan 44 Orang Anak, Wanita Ini Besarkan Sendirian Tanpa Bantuan Suami!
Memiliki anak ramai sememangnya satu anugerah dan rezeki yang tidak ternilai. Namun siapa dapat menjangka, apabila terlampau subur dikurniakan anak-anak yang sangat ramai tanpa boleh dikawal secara perubatan.

Memetik laporan Bright Side, seorang wanita dari Uganda berusia 39 tahun telah melahirkan 44 orang anak, dengan enam orang daripadanya telah meninggal dunia. Hebatnya dan cekalnya wanita ini membesarkan 38 orang anaknya hanya secara bersendirian tanpa bantuan suami.

Dijual Usia 13 Tahun

Wanita berasal dari Uganda ini bernama Mariam Nabatanzi. Semasa berusia 13 tahun, Mariam telah dijual oleh ibu bapanya kepada seorang lelaki yang berusia 27 tahun lebih tua darinya. Ibu bapa Mariam telah ‘mengahwinkan’ Mariam dan dibiarkan ditinggal di rumah lelaki tersebut. Setahun kemudian, Mariam melahirkan anak pertama, sepasang kembar. Tahun berikutnya, kembar tiga dan tahun seterusnya, kembar empat.
Ketika itu, walaupun hanya bergelar remaja, Mariam terpaksa melalui liku kehidupan berumah tangga yang sukar. Katanya,
“Suami saya mempunyai ramai anak melalui perhubungannya dengan wanita-wanita lain pada masa lalu. Saya terpaksa menjaga kesemua anak-anak ini kerana ibu-ibu mereka yang menghilang entah ke mana. Suami saya juga seorang kaki pukul dan akan memukul saya apabila mendapat peluang dan berasa tidak puas hati dengan saya, terutama jika saya mengemukakan idea yang dia tidak suka.”


Foto Kredit: Kassim Kayira

Ikat Saluran Peranakan Bahayakan Diri

Sampai satu ketika, Mariam merasakan sudah cukup mempunyai 23 orang. Wanita ini membuat keputusan berjumpa dengan doktor untuk membuat prosedur mengikat saluran peranakannya supaya tidak lagi boleh hamil.
Namun ia tidak semudah disangka.Hasil pemeriksaan menyeluruh mendapati, doktor memberitahu Mariam memiliki kiraan ovari yang tinggi dan sebarang prosedur untuk menyekatnya akan memberi kesan terhadap tahap kesihatan dan membahayakan nyawanya.
Mariam telah melahirkan 44 orang bayi secara keseluruhan. 6 pasangan kembar, 4 set kembar tiga, 3 set kembar empat dan dua orang lagi bukan kembar. Enam orang anaknya telah meninggal dunia dan kini tinggal 38 orang yang dijaga olehnya secara bersendirian. Mariam berkata sekalipun dia tidak pernah menyesal melahirkan kesemua anak ini sambil berkata anak itu adalah kurniaan rezeki dan rahmat dari Tuhan.


Foto Kredit: Kassim Kayira

Berusaha Gigih Besarkan Anak-Anak

Cuma perkara yang menyedihkan dirinya sehingga kini ialah anak-anak ini dibiarkan membesar tanpa bantuan ayah mereka. Suami Mariam sering menghilangkan diri selama berbulan-bulan, malah adakalanya selama bertahun, sehingga akhirnya tidak lagi muncul dan meninggalkan kesemua mereka.
Suami Mariam tidak pernah mengambil tahu atau pernah mengambil walau sedikit bahagian dan peranan membesarkan anak-anak, kecuali hanya memberi mereka nama dan itu pun melalui telefon. Anak lelaki sulung Mariam yang berusia 23 tahun berkata, dia tidak pernah bertemu bapanya sejak berusia 13 tahun.
Namun demikian, Mariam tidak sesekali pun pernah mengeluh, rasa menyesal atau terkilan dengan dirinya. Wanita hebat ini terus fokus dengan mendedikasikan diri untuk memberi kasih sayang dan perhatian yang diperlukan oleh anak-anaknya. Mariam berusaha memberikan segala keperluan demi masa depan anak-anaknya. Mariam membelanjakan wang yang banyak untuk makanan, dengan setiap hari mereka perlu menyediakan 10 kilogram tepung jagung, 7 kilogram kekacang dan 4 kilogram gula bagi keperluan makanan.
Apa yang lebih mengagumkan, walaupun menjalani kehidupan yang sangat sukar, Mariam akan pastikan kesemua anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna. Anak kembar pertamanya kini sudah menjadi jururawat dan seorang lagi menjadi jurubina berkelayakan.
Katanya, “Saya sentiasa berdoa dan menyatakan harapan agar kesemua anak saya mendapat pendidikan di sekolah kerana mereka semua bercita-cita tinggi mahu menjadi doktor, guru dan peguam. Saya mahu mereka semua mencapai impian masing-masing, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh saya.”


Foto Kredit: Kassim Kayira

Buat Pelbagai Kerja Sambilan

Untuk membiayai kesemua perbelanjaan anak-anak ini, Mariam bekerja sambilan dengan mempelajari pelbagai kemahiran. Mariam mengutip herba di hutan dan menjualnya di pasar, membuat kuih dan kek, bekerja membina rumah, mendandan rambut, mengatur dan menyusun acara majlis sehingga menjadi pengandam pengantin.
Kata Mariam, “Saya tahu anak-anak ini adalah hadiah dari Tuhan dan mereka semua adalah harta berharga buat saya. Jadi, saya berusaha sebaik mungkin untuk memberi dan menyediakan segala keperluan buat mereka.”


Foto Kredit: Kassim Kayira

Seorang bekas wartawan BBC, Kassim Kayira telah mendapat tahu tentang kisah Mariam yang hebat, membesarkan keluarga besarnya secara bersendirian lalu bertanggungjawab membawa kisah wanita mengagumkan ini untuk didedahkan kepada dunia.
Ketika ditemuramah Kassim, Mariam menyampaikan pesanan, “Hentikan perbuatan menjual anak perempuan kamu kepada lelaki tidak dikenali bagi tujuan perkahwinan usia muda. Mereka akan menderita. Kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa bukan satu perkara yang sukar dipulihkan dan mereka akan mengingatinya sampai bila-bila.”
Ibu hebat ini menambah, “Saya sentiasa berjuang dalam memastikan anak-anak saya sentiasa cukup makan dan sihat. Saya tidak akan meninggalkan mereka, walaupun kami melalui saat sukar setiap hari. Kepada lelaki di luar sana, jangan lupa tanggungjawab anda setelah berkahwin. Perkahwinan itu adalah tanggungjawab bersama suami dan isteri terutama dalam hal membesarkan anak-anak.”


Foto Kredit: Kassim Kayira

Kehidupan bagi wanita ini amat sukar, tetapi dirinya sentiasa positif menghadapi pelbagai dugaan membesarkan kesemua 38 anak kandung secara bersendirian. Semoga kesemua anak-anak Mariam membesar menjadi orang berguna dan dapat berbakti serta membalas jasa dan pengorbanan ibu mereka yang hebat.
MW: Kita ni nak jaga tiga, empat orang anak pun dah kelam kabut, macam manalah jika lahirkan dan jaga 44 orang anak.Fuhh,memang hebat tak terbayang sungguh. Tahniah buat Mariam Nabatanzi yang cekal membesarkan anak-anak sendirian serta berusaha memberikan yang terbaik buat mereka!

Post a Comment

0 Comments