Breaking News

Seharian Gambar Celah Kangkang Tersebar,Abang Menteri Minta Maaf

Loading...
loading...
Seharian Gambar Celah Kangkang Tersebar,Abang Menteri Minta Maaf

KUALA LUMPUR - Selepas seharian tular akibat penyebaran gambar mesra bersama pelakon Emma Maembong, Syed Abdullah Syed Abd. Rahman, 30, tampil dengan luahan permohonan maaf secara terbuka.

Syed Abdullah yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd. Rahman memuat naik permohonan maaf secara terbuka dalam akaun Instagramnya sebentar tadi.


Dia yang meminta rakyat Malaysia menghentikan kecaman terhadapnya turut mendakwa bahawa akaun Wechatnya digodam sehingga tersebar gambar-gambar panas bersama Emma.

"Ini semua salah Syed dan kecuaian Syed seorang. Janganlah hubung kait kesilapan Syed dengan keluarga Syed dan rakan-rakan Syed. Biar saya berdepan dengan kesilapan saya.

"Kepada rakyat Malaysia, terima kasih atas nasihat anda dan sokongan moral yang saya terima. Saya menerima segala kritikan secara positif dan berjanji memperbaiki diri," tulisnya.

Syed Abdullah juga menempelak individu di sebalik penularan kesemua gambar berkenaan dengan menegaskan, hubungan kekeluargaannya tidak tergugat dek perkara tersebut.

Tambahnya, dia bersedia untuk dikecam dan berharap insiden berkenaan menjadi teladan bagi orang lain.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan permohonan maaf daripada Emma berhubung gambarnya tidak bertudung dan memeluk Syed Abdullah yang tular di media sosial.

Dalam pada itu, turut tersebar dua keping lagi gambar wanita mirip Emma dipeluk seorang lelaki dipercayai Syed Abdullah. - K! ONLINE

No comments