Pesta bertukar tragedi, ramai cedera terkena letupan mercun di Batu Caves

Pesta bertukar tragedi, ramai cedera terkena letupan mercun di Batu Caves


Pesta bertukar tragedi, ramaicedera terkena letupan mercun di Batu Caves








TIGA puluh empat individu c3dera dalam letopan mercun di atas jambatan persimpangan bertingkat Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berhampiran Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves , jam 8.20 malam tadi.





16.jpg




Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, siasatan awal mendapati seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun datang ke kuil berkenaan bersama dua rakan bagi upacara keagamaan.



“Suspek kemudian membakar mercun bagi tujuan meraikan dan menyambut Thaipusam. Tiba-tiba mercun itu yang sepatutnya me|etup di udara meletup di atas jalan raya.



“Akibat letu pan itu menyebabkan orang ramai yang berada berhampiran lokasi terbabit ced 3ra.



“Suspek kemudian ditahan sejurus selepas kejadian,” katanya pada sidang media, di Pondok Polis Batu Caves, di Batu Caves, hari ini.



Samsor berkata, daripada 34 individu yang cedera, enam m4ngsa dihantar ke Hospital Selayang, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sungai Buloh.



“28 individu lagi dihantar ke Klinik Kesihatan Sementara di Batu Caves bagi mendapat rawatan lanjut.



“Kejadian itu turut mengakibatkan tiga kenderaan, Nissan Serena, Proton Exora dan kereta Perodua Myvi yang diletakkan berhampiran lokasi terbabit r0sak,” katanya.





17.jpg




Katanya, polis sudah menahan seorang lagi suspek berusia 28 tahun kira-kira jam 1 pagi tadi.



Ia menjadikan dua suspek ditahan polis, setakat ini.



“Kami masih mengesan seorang lagi rakan suspek dikesan yang terbabit dalam kejadian ini.



“Setakat ini, kami sudah menerima dua laporan polis dibuat pemilik kenderaan yang rosak akibat insiden itu,” katanya.



Beliau berkata, pihak polis tiada mengeluarkan permit bagi pemb akaran mercun atau bunga api pada sambutan Thaipusam.



“Insiden letupan mercun ini bukanlah suatu perbuatan khianat, sebaliknya adalah satu insiden yang berlaku secara spontan di mana tujuan suspek memba kar mercun bagi meraikan perayaan Thaipusam.



“Sepatutnya, mercun itu mel etup di udara apabila dibakar tetapi atas masalah teknikal mercun berkenaan mele tup di atas jalan,” katanya.



Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana kesalahan kelakuan cuai dengan sebarang bentuk benda letupan.



Sebelum itu, polis telah menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang sempena perarakan perayaan Thaipusam.



Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy Chinniah berkata, perarakan pedati berhias (Chariot) akan melalui beberapa jalan raya di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul menghala ke Batu Caves.



“Berdasarkan pengalaman lalu, beberapa tindakan yang menyalahi undang-undang telah dikesan semasa perayaan ini berlangsung antaranya membuat bunyi bising yang keterlaluan termasuk bunyi enjin motosikal yang diubah suai yang mengganggu suasana persekitaran selain perlakuan seperti mabuk,” katanya dalam satu kenyataan.



Menurutnya, tindakan tegas daripada segi pencegahan dan penguatkuasaan akan diambil berdasarkan undang-undang sedia ada.



“Ini adalah perlu bagi memastikan perayaan keagamaan ini tidak dicemari oleh perlakuan atau sebarang bentuk provokasi yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan ketenteraman awam,” jelasnya. – Bernama

Post a Comment

0 Comments