Meghan didakwa pergunakan Kate raih kedudukan dalam keluarga diraja

Meghan didakwa pergunakan Kate raih kedudukan dalam keluarga diraja

Meghan didakwa pergunakan Kate raih kedudukan dalam keluarga diraja


SPEKULASI demi spekulasi hangat memperkatakan mengenai hubungan di antara Meghan Markle dan Kate Middleton yang dikatakan renggang sejak tahun lalu.
Biarpun mereka kelihatan seperti tidak mempunyai sebarang masalah sewaktu muncul di khalayak baru-baru ini, wujud pula dakwaan yang mengatakan mereka cuba menutup kisah itu.
Terbaharu, seorang sumber dalaman yang rapat dengan istana mendedahkan Ratu Elizabeth sudah tidak tahan dengan drama di antara dua wanita itu.
Malah, sumber itu mendedahkan Kate merasakan dirinya seperti dipergunakan oleh Meghan untuk dia menyesuaikan diri serta mencari rentak sebagai kerabat diraja.
"Kate membuka kisah mengenai perasaannya. Dia rasa Meghan menggunakan dirinya untuk meraih kedudukan dalam keluarga diraja.
"Dia rasa seperti tidak dipedulikan. Meghan hanya mencari haluan dia dalam keluarga diraja sepanjang tahun lepas," ujar sumber itu.
Namun katanya, mereka tidak dapat mengelak untuk bertembung kerana masih berada di bawah bumbung sama di Istana Kensington, yang mana Kate bersama Putera William membesarkan tiga anak mereka.
"Tinggal di istana sama, mereka tak boleh lari, mesti akan terserempak.
"Kamu tak akan tahu jika benar wujudnya sebarang ketegangan antara mereka," kata sumber itu lagi. - AOL.

Post a Comment

0 Comments