Ibu Mimpi Jumpa Bonda Maryam,Begini Gambaran Sebenar Bonda Maryam

Ibu Mimpi Jumpa Bonda Maryam,Begini Gambaran Sebenar Bonda Maryam

Ibu Mimpi Jumpa Bonda Maryam,Begini Gambaran Sebenar Bonda Maryam
AUGUST 2013
Pagi Isnin, 26 Syawal yang indah, ibunda bertemu sang ratu idola siti mariam yang tidak pernah terfikir untuk bertemu, apatah lagi berbicara.
Tepat jam 3 pagi, mata ku terbuka, dek terkejut dari mimpi bertemu Bunda Mariam.
Kebetulan, sebelum mimpi ini, ibu ada bermimpi seminggu yang lalu, tentang hikmah telapak tanganku.
Mimpi bertemu Bunda Mariam ini mengaitkan mimpi minggu lepas. Kedengaran aneh. Bagaimana mimpi kedua bisa mengetahui tentang perjalanan  mimpi pertama. Namun mimpiku ternyata sudah tiada beza dengan jaga.  Zahir ku mengetahui apa kelebihan batiniah walaupun ia cuma di dalam mimpi, sehingga mimpi menjadi hidup dan nyata.
Pada minggu yang lepas, ibu di kurniakan hikmah telapak tangan. Hanya dengan meletakkan tapak tangan sejengkal dari apa saja bahan yang mahu di kaji, asal usul bahan tersebut akan di perlihatkan. Ibu meletakkan tangan pada sebuah meja kayu, dan kesan tenaga dari tapak tangan menzahirkan kabus, dan kabus bertukar menjadi air seperti cermin.

Dari cermin, ibu dapat melihat asal kayu tersebut di tebang di dalam hutan. Setelah itu, ibu beralih kepada tv. Setelah beberapa saat, kelihatan tv yang kosong di hidupkan dengan channel- channel (siaran) interaktif. Tangan ku seperti magnet, yang bisa menarik frekuensi satelit tv dan memancar ia melalui kaca tv.
Mimpi itu ibu khabarkan kepada suami dan ayahanda. Kataku,  alangkah indahnya kalau dapat ku zahirkan keajaiban tapak tangan ku di alam dunia.  Tidak sangka, malam tadi ibunda bermimpi lagi.

Malah kali ini ibu mempraktikkan keajaiban tapak tangan ku sekali lagi. Seolah-olah ibu tahu akan kelebihan ini dari mimpi yang lepas.

Rumah Bunda Maria di Bukit Bulbul,Turki


Malam tadi, ibu berada di sebuah tempat asing,  sedang berada dalam penyembunyian dari dijejaki pemerintah yang zalim. Ibu bersama para sahabat (sebahagian lelaki dan sedikit perempuan), dan kami sedang bersembunyi di sebuah kawasan, seperti bangsal rumah yang lusuh. 

Keesokan subuh hari, kami mula berjalan meninggalkan kawasan tersebut. 
Dari pergunungan, kami sampai ke sebuah rumah peninggalan Bonda Maryam. Sahabat memberitahu, bahwa itu adalah rumahnya Bonda Maryam, yang di tinggal 2000 tahun yang lalu. Entah kenapa 2000 tahun, tidak 3000 tahun atau 4000 tahun.
Lalu ibu meletakkan telapak tangan ku sejengkal dari dinding kayu rumah Bunda Mariam. Kemudian tenaga tapak tanganku menjadi kabus dan ia seperti air / cermin dan ibu melihat wajahku sendiri. Tiba-tiba bonda Mariam muncul dan berjalan ke arah ku.
Ibu terkejut lalu pergi ke arahnya sambil memanggil namanya Bonda.
‘Bunda Mary? kata ku tersekat-sekat, agaknya kerna aku selalu speaking english, kadang-kadang tersasul Mariam  menjadi Mary. ‘Bunda Mariam?’, kata ku lagi…
Perempuan itu di dalam usia 20 tahun, kecil orang nya, tidak besar dan tidak tinggi.
Dia berkata kepada ku , ‘Siapakah yang ingin kamu ketemu seperti niatmu tadi?’
‘Bunda Mariam’, kata ku laju.  Ooh..rupanya Bunda Mariam sudah tahu niat ku ketika ku tadahkan  tapak tangan ke dinding rumahnya.
Lantas ibu menghulur tangan bersalam dengan Bonda dan tangannya ku cium. Aku terlalu gembira, tidak percaya Bonda Mariam datang bertemu dengan ku.
Bonda Mariam memiliki rambut yang lebat dan panjang sehingga bawah paras pinggang. Dia mengikat rambut gaya dandanan tocang tradisional , dimana tocang-tocang dijadikan empat (4) ikatan -  (4 braided hair) didalam satu ikatan. Agak lama ibu melihat dandanan rambutnya yang bertocang, kerna jarang bertemu wanita bertocang di zaman moden. 
Rambutnya perang dan kulit bonda putih mulus seperti kaum israel. 
Selalunya kaum israel atau hebrew berambut hitam, namun Bonda Maryam berambut agak perang karat (brown  copper or golden brown). Dia memakai rantai leher yang mempunyai kod lima angka. (biarlah nombor itu menjadi rahsia mimpiku).
fenomena aneh Bunda Maria   yang mengeluarkan minyak zaitun dari bola matanya, seolah ia sedang menangis.

Patung Bunda Maria yang berada di gereja katolik New Mexico ini terbuat dari perunggu,


Tidak pernah ku bayangkan wajah Maryam seperti ini. Jika di lihat dari patung ukiran Mother Mary, Maryam tidak mendandankan rambutnya. Wajahnya pun tidak sama.

Wajah Bonda Maryam kelihatan keanakkan, manis dan muda. Usia 20 tahun, namun aku memanggilnya Bonda. Hairan. Di alam mimpi semuanya menghairankan. Bagaimana sang diri dapat mengenali status Bonda walaupun usia tidak membedakan mereka.
Mimpi adalah perjalanan yang jujur tidak terkawal oleh sang nafsu dan bukan bayangan fikiran. Mimpi tidak bisa di harap-harap dan ia berlaku dengan kebetulan.
Ibu berbicara dengan Bonda Maryam tentang beberapa perkara terutama tentang perjuangan hidup ku mencari kebenaran dan menyampaikan kebenaran. Aku juga ada bertanya tentang hal Isa Al Masih dan Syeikh Abdul Qadir Jilani. Yang dapat ibu simpulkan, semuanya benar.
Bonda juga menyampaikan satu pesan untuk solat di masjid putih. Entahlah di mana. Ibu terjaga dari mimpi jam 3 pagi, setelah menghantar Bonda Maryam ‘pulang’. Alhamdulillah.
Rahsia zikir nafas sebelum aku tertidur, akhirnya dapat menemukan ku dengan Bonda, ibu asal ku dari kaum bani Israel. Semoga diri kekal tiada mati ku di sambungkan kepada wasilah bani israel.
Ya Allah, angkatlah makam ku dari benih kayangan dan di kembalikan aku kepada wasilah bani Israel. Semoga aku menjadi manusia beriman dari kaum yang KAU muliakan.
“ mereka itu orang yang telah Allah berikan petunjuk maka dengan petunjuk mereka ikuti. Katakan, tidak aku minta atasnya upah dan imbalan, tidak ia kecuali peringatan bagi seluruh umat” – al-an’am
Jika menurut sejarah, gambar rumah Maryam (seperti di atas) dianggap sebagai tempat terakhir Maryam beribadat  dimana jasad Maryam dikebumikan. Berdekatan dengan Gunung Pion (Mount of Pion) di Efesus, Turki (Ephesus, Turkey),disana juga terletaknya sebuah gunung yang tinggi disebut Gunung Koressos.
Keistimewaan dan kelebihan Mariam tidak dapat disangkalkan lagi melalui ayat-ayat yang terdapat di dalam Al-Qur’ān Maryam adalah orang yang ‘taat di jalan-Nya dalam ma’rifah tentang Tuhannya dan ma’rifah tentang kelebihan dirinya, kerana dengan tunduk kepada kehendak Tuhan, ia menjadi hamba yang tak berdaya atas cemohan dan caci maki”. Rūzibihān menyebut tiga sifat Maryam, ketundukan, ketaatan dan keimanan.
Allah S.W.T : ”Dan (ingatlah) Maryam binti cImrān yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebahagian daripada roh (ciptaan) Kami dan dia membenarkan kalimah Rabbnya dan Kitab-Kitab-Nya dan dia adalah termasuk orang-orang yang taat”.(Surah At-Tahrim:12).
“Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga ‘Imrān, melebihi Segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing)”. (SurahAl- ‘Imrān: 33)

Post a Comment

0 Comments