Tanda Kebesaran Allah Terlihat Ketika Pengebumian Allahyarham Muhd Adib

Tanda Kebesaran Allah Terlihat Ketika Pengebumian Allahyarham Muhd Adib

Tanda Kebesaran Allah Terlihat Ketika Pengebumian Allahyarham Muhd Adib

Sebak. Inilah yang dapat dinyatakan saat ini. Perkongsian dari wartawan Astro Awani, Firdaus Fadzil yang turut berpeluang menaiki helikopter yang membawa keranda wira negara, arwah Muhammad Adib Mohd Kassim menuju ke kampung halamannya untuk disemadikan selepas meninggal dalam tragedi rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 mampu membuatkan seluruh rakyat Malaysia menangis.

Tinjauan REMAJA di rakaman lintas langsung melibatkan Firdaus Fadzil itu mendapati, sepanjang penerbangan dari Subang menuju ke padang sekolah SMK Tebangau, Kuala Kedah dia sempat menyaksikan bapa Adib kelihatan tenang di dalam pesawat.

Namun saat matanya terpandangkan Nurul Najihah yang juga tunang kepada arwah Muhammad Adib, dia menyaksikan wanita tersebut sentiasa mengusap sebentuk cincin, dipercayai cincin pertunangan mereka.


Firdaus Fadzil melaporkan sepanjang penerbangan Nurul sesekali dilihat memegang cincin dipercayai cincin tunangnya

Sebakkan, mungkin sesiapa yang berada di tempat Nurul pasti merasai kesedihan ini
Apa yang menambah sebak lagi, menurut Hilal, dia turut menyaksikan sesekali Nurul dilihat memegang bucu keranda sambil airmatanya berkaca.

Saya juga sempat memandang ke arah telefon bimbitnya dan mendapati tertera gambar Adib di belakang telefon tersebut,”katanya dalam lintas lansung upacara pengkebumian wira negara ini yang bakal diadakan selepas Zuhur.

Pemergian Adib semalam mula mencetuskan polemik dalam negara. Menteri Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial, P Wayta Moorthy dalam laporan di Astro Awani hari ini berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerja keras bagi memastikan pesalah jenayah kejam yang mengakibatkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, dibawa ke muka pengadilan dengan pantas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.


Air matanya dilihat bergenang dan mungkin mahu menangis tetapi Nurul tetap menahannya
Nurul dilihat sesekali mememang cincin pertunangan merek. Mungkin mahu menggambarkan isi hatinya yang terlalu kesedihan kiniKubur menempatkan arwah Adib sudah tersedia digali pagi tadi


Wathya Moorthy menyifatkan Adib seorang anggota bomba yang berani dan berwibawa. Gambar Malaysikini.

Waytha Moorthy berkata, Muhammad Adib merupakan seorang ahli Bomba yang berani dan berwibawa, berkhidmat untuk negara dengan penuh dedikasi.

“Sebagai Menteri yang bertanggungjawab bagi Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar mendoakan Muhammad Adib ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman.

“Fabrik sosial negara ini terbina daripada perpaduan dan keamanan yang dikecapi dalam 60 tahun yang lalu dan marilah kita bersama-sama berdoa untuk Muhammad Adib dan keluarga beliau pada masa yang mencabar ini,” katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Adib.

“Kami berkongsi kesedihan keluarga beliau dan negara berkabung bersama-sama dengan keluarga Muhammad Adib dalam masa getir ini,” katanya lagi.

Isu kematian Muhammad Adib dalam tragedi rusuhan pada 26 November lalu turut mendapat perhatian dari pelbagai peringkat di mana Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Ismail berjanji kematian Adib akan terbela.

Masa yang sama, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut menyampaikan salam takziah. Hal yang sama mendapat perhatian dari bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak yang turut menulis di twitternya dan menyampaikan salam takziah.

Pelbagai pihak lain mengharapkan perusuh yang membelasah Adib dibawa segera ke muka pengadilan dan dihukum sekeras-kerasnya.
Al-Fatihah untuk wira negara ini.

Post a Comment

0 Comments