Anak tiri dibiar kebuluran, hanya pakai lampin pakai buang dan dipaksa tidur dalam bilik 'Harry Potter'

Anak tiri dibiar kebuluran, hanya pakai lampin pakai buang dan dipaksa tidur dalam bilik 'Harry Potter'

Anak tiri dibiar kebuluran, hanya pakai lampin pakai buang dan dipaksa tidur dalam bilik 'Harry Potter'
Jordan ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak terurus.


IBU tujuh orang anak dipenjara selama 28 tahun kerana mendera anak tirinya.
Tammi Bleimeyer, 37, memaksa Jordan Bleimeyer tidur di sebuah bilik dibawah tangga yang dikenali keluarga itu sebagai bilik 'Harry Potter'.

Di dalam bilik itu, terdapat paku dan tali wayar yang diletakkan di sekeliling tilam.
Jordan hanya berusia lima tahun dan hampir maut akibat kebuluran hanya memiliki berat badan sekitar 13 kilogram ketika ditemui.

Kanak-kanak lelaki itu tidak dibenarkan untuk makan bersama keluarga dan hanya diberikan sekeping roti kosong setiap hari.

Bukan itu sahaja, dia turut dipaksa makan roti tersebut dengan cepat, jika tidak ia akan dirampas.

Bapanya, Bradley Bleimeyer turut memberikan dadah kepada Jordan supaya tidak mendedahkan perkara itu kepada sesiapa yang datang ke rumah mereka.



Jordan hanya makan sekeping roti setiap hari.

Akibat perbuatan itu, Bradley dipenjara selama 15 tahun pada 2016.

Pasangan suami isteri itu ditahan polis selepas salah seorang anak kandung mereka membuat aduan kerana tidak tahan dengan perbuatan kejam tersebut.

"Ia bukan satu misteri mengapa kami semua berada di sini. Anda melakukan satu kesilapan besar dan perlu menerima akibatnya.

"Saya di sini untuk bertanya soalan bagaimana anda sanggup bertindak kejam terhadap anak anda? Orang yang sepatutnya menjadi kebanggaan dan kegembiraan anda."

Jordan yang kini berusia sembilan tahun disatukan kembali dengan ibu kandungnya manakala anak-anak Bleimeyer yang lain diletakkan dibawah pengawasan pihak berkuasa.

Perbuatan itu mendapat perhatian pada 2014 apabila abang tiri Jordan memberitahu pihak berkuasa bahawa adiknya didera oleh ibu dan bapa mereka.

Tammi melarikan diri bersama Jordan dan enggan pulang apabila polis memulakan siasatan.
Dia bagaimanapun berjaya dijejaki berada di sebuah motel berdekatan rumah mereka bersama dengan Jordan yang dalam keadaan tidak terurus. - Metro.co.uk

Post a Comment

0 Comments