“SUAMI sempat minta mandi dan ambilkan wuduk. Tidak lama selepas itu dia sudah tiada,” kata Siti Hawa Sawal, isteri Allahyarham Zaibo yang meninggal dunia hari ini.
Siti Hawa ketika dihubungi berkata, suaminya menghembuskan nafas terakhir di sisinya, anak-anak dan keluarga terdekat 1.30 petang tadi di kediaman mereka di Batu Pahat, Johor.
“Alhamdulillah, rezeki dia (suami) pergi dengan mudah. Sebelum meninggal dunia, arwah cakap dia panas dan minta dimandikan.
“Buat masa ini, saya mohon maaf kerana tidak boleh memberi komen lanjut kerana masih terkejut dan terlalu sedih dengan pemergiannya.
“Insya-Allah, biarlah saya uruskan semuanya terlebih dahulu dan sedia memberikan kenyataan selepas ini. Apa pun, terima kasih diucapkan,” katanya.
Jenazah akan dimandikan dan disolatkan di rumah mereka di Rengit dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rengit selepas solat Isyak.
Sebelum ini, Allahyarham pernah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani rawatan lanjut selepas dirujuk oleh Hospital Batu Pahat.
Pelakon yang mencipta nama menerusi sitkom Spanar Jaya itu mulai merasai tanda-tanda sakit dua minggu selepas Aidilfitri lalu.
Zaibo takbir tiga kali sebelum rebah
BATU PAHAT - Pelakon dan pelawak terkenal, Zaibo disahkan meninggal dunia jam 1.30 tengah hari tadi di kampung halaman isterinya di Rengit, Batu Pahat.
Menurut Siti Hawa Sawal, 52, allahyarham suaminya menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya serta beberapa anak yang turut menemani beliau.
“Dia baru selesai mandi masa tu dan tiba-tiba batuk. Tapi, dia sempat takbir tiga kali sebelum rebah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
0 Comments