Sanding 27 November Ini – Fazley Tak Jemput Ibu Mertua,Hanya Airmata Jadi Peneman

Sanding 27 November Ini – Fazley Tak Jemput Ibu Mertua,Hanya Airmata Jadi Peneman

Sanding 27 November Ini – Fazley Tak Jemput Ibu Mertua,Hanya Airmata Jadi Peneman   




“Tapi selepas berbincang dengan ibu dan dia menyakinkan saya untuk teruskan juga hasrat ini demi arwah bapa saya,” kata penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob yang akhirnya mengotakan janjinya sebelum ini untuk bersanding semula dengan isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.

Fazley berkata persandingan itu akan diadakan pada 27 November ini sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13. Difahmakan, persandinganitu akan dihadiri rakan-rakan media dan sahabat terdekat sahaja.





Majlis persandingan mereka pada 13 tahun lalu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berlangsung dalam suasana hiba apabila perkahwinan Fazley dengan Azrene tidak mendapat restu Datin Seri Rosmah Mansor.

Untuk makluman, Azrene adalah anak Rosmah, hasil perkahwinan dengan suami terdahulu iaitu Abdul Aziz Nong Chik.

Dalam pada itu, tambah Fazley, dia tidak berhasrat menjemput ibu mertuanya memandangkan majlis itu bertujuan untuk meraikan rakan media yang tidak dapat membuat liputan majlis persandingan pertamanya.

“Saya tidak menjemput beliau sebab majlis ini hanya diadakan untuk meraikan tetamu VIP iaitu rakan media. Majlis itu juga untuk memberi kenangan baru kepada mereka dan keluarga saya,” jelasnya.



                                                


Dalam pada itu, penyanyi lagu ‘Asmara’ Ini memberitahu dia memilih konsep tradisional untuk majlis persandingannya.

Kata Fazley, anak-anaknya turut berasa teruja dan ingin memberi kejutan dengan membuat persembahan istimewa untuk dia dan isteri.

“Untuk majlis persandingan ini, saya pilih konsep tradisional. Memang ada pelamin tapi tidaklah bersanding lama. Hanya majlis santai-santai sahaja.

“Tapi anak-anak teruja dan mereka mahu melakukan persembahan tapi katanya kejutan untuk kami,” ujarnya yang dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan, hasil perkahwinan dengan Azrene

“Majlis Sanding Patut Jadi Hari Terindah, Menjadi Hari Penuh Tangisan & Ketakutan” – Fazley Imbas Kenangan Pedih 13 Tahun Lalu

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengimbas kembali detik-detik yang tidak dapat dilupakan ketika majlis persandingannya 13 tahun lalu.

Berkongsi menerusi ruangan Instagramnya, Fazley memberitahu, pelbagai kejadian menduganya ketika hari persandingannya ketika itu.

“Kira-kira 13 tahun dahulu saya dan Adik Sayang (panggilan isteri) @azrene_ahmad bersanding selepas bernikah pada 7 November.

“Majlis diadakan dengan harapan agar ianya meriah dan dipenuhi kehadiran insan-insan tersayang serta sahabat handai.

“Namun sayangnya, hanya airmata yang sering hadir di pipi kami berdua, dugaan demi dugaan, halangan demi halangan.

“Malahan rakan-rakan media yang hadir turut dihalang daripada membuat sebarang liputan, rakan-rakan parlimen Arwah Bapak turut menerima panggilan dan ‘arahan keramat’ agar tidak hadir ke majlis kami.

“Makanya, saya dan Azrene sendiri tidak mampu ingat apa yang terjadi, siapa yang hadir, dan apakah butiran lain sepanjang majlis berlangsung.

“Majlis persandingan yang seharusnya menjadi hari yang terindah, menjadi hari yang penuh tangisan, kesedihan dan ketakutan,” tulisnya.



                                        




                                       
                                              
                                        
                                           
                                             
                                    


Berkongsi hidup dengan Azrene selama 13 tahun, Fazley bersyukur apabila dikurniakan empat cahaya mata.

“Allah maha besar, tahun ini kami masuk 13 tahun bersama dengan 4 orang anak.

“Terima kasih semua yang hadir ke majlis perkahwinan kami, mungkin kami berdua tidak sempat mengucapkannya sebanyak yang kami hasratkan.

“Namun, sekali lagi terima kasih semua yang sentiasa mendoakan kami berdua!” tambahnya.

Entri menyentuh hati itu meraih pelbagai komen dan doa daripada peminatnya.

Malah, ada yang menjadikan kisah dan pengorbanan itu sebagai titipan semangat dalam ikatan rumah tangga yang dibina.

Kami turut mendoakan kebahagiaan berpanjangan buat Fazley dan Azrene. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke-13 tahun!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!


Post a Comment

0 Comments