Munafik 2 ‘Bocor’ Di Internet, Skop Productions Saman Sasuke Kun

loading...
Loading...
Munafik 2 ‘Bocor’ Di Internet, Skop Productions Saman Sasuke Kun

“ Dia mencabar kami sampai tahap maksimum, kami mahu ambil tindakan untuk menyaman suspek ini. Benda ini akan dibawa ke muka pengadilan,” kata pengarah urusan Skop Productions Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam di sidang media tergempar, hari ini.

Filem pecah panggung Munafik 2 secara eksklusif telah ditayang di lebih 120 buah pawagam terpilih di seluruh Malaysia.

Namun begitu, baru-baru ini pihak syarikat dikejutkan dengan sebuah isu di mana filem Munafik 2 hasil karya Syamsul Yusof dimuatnaik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“ Suspek dikenali sebagai nama profil Sasuke Kun atau nama sebenarnya Muhammad Izwan Shah Bin Kamal Shah di dalam bentuk Facebook Wall Post dan Instagram Post dengan nama profil @muhammad_izwan_shah.
“ Kalau tiada kesedaran dalam industri sendiri, isu ini akan menjadi kerugian kepada negara dan kemunduran kepada industri. 

“ Kami serius untuk bawa lelaki ini ke muka pengadilan. Saya nak lihat sejauh mana undang-undang dijalankan terhadap lelaki ini dan hukuman yang bakal diterima.
“ Suspek jelas tidak menghormati undang-undang dengan mengajak pengguna media sosial yang lain untuk menonton filem tersebut di atas talian beramai-ramai selain berani mencabar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadapnya,” 
Tambah Syamsul, industri perfileman tanah air dilihat mampu mengorak lebih jauh tetapi dek masalah sebegini sudah tentu karyawan berasa tidak selamat untuk menghasilkan filem seterusnya.

“ Kami tidak akan berdiam diri dan berjuang habis-habisan dengan kerjasama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberkas pihak tidak bertanggungjawab ini,” akhirinya.

Filem yang dibintangi oleh Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz, Mawi dan Syamsul itu mencatat kutipan mencecah RM43 juta apabila ditayangkan di negara ini pada 30 Ogos lalu, selain meraih RM4 juta daripada 116 pawagam di Indonesia.

Pada hari ini 13 November, individu tersebut telah dikenakan denda oleh Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Asmadi Bin Hussin, plaintif-plaintif serta defendan untuk membayar sebanyak RM100,000 kepada Skop Production. Defenden telah didapati bersalah dan melanggar hakcipta filem Munafik 2, memuat naik filem tersebut dalam apa-apa bentuk di dalam media sosial dan platform lain tanpa keizinan.

Post a Comment

0 Comments