Biodata penuh Oksana Voevodina – Gadis dengan senyuman cantik menawan dan merupakan seorang yang pintar ini telah memenangi pertandingan “Miss Moscow 2015” Pada tahun 2015 lalu.
Pertandingan ratu cantik itu telah diadakan di sebuah teater terkenal “Nadezhda Babkina” diambil dari tajuk lagu yang terkenal di Rusia. Pada peringkat akhir pertandingan terdapat 32 peserta, tetapi Oksana melayakkan diri dan menjadi pemenang pertandingan berprestij itu.
Dalam ucapan ringkas Oksana, dia berterima kasih kepada semua yang membantunya hingga ke peringkat itu, terutama ibu bapanya. Selepas dinobat sebagai gadis paling cantik dari Moscow, dia berpeluang menyertai pertandingan ratu cantik di Rusia pada 2015.
Gelaran ratu Moscow 2015 dimiliki Oksana bukan secara kebetulan, pada akhir pertandingan itu dia berjaya menambat hati para hakim dengan kecantikan dan kercerdikan yang dimiliki olehnya.
Pelajar berusia 22 tahun ini juga memiliki bentuk badan yang menawan 85-59-90, dan ketinggian 170 cm. Sebelum menyertai peraduan itu, Oksana Voevodina bekerja dengan agensi model luar negara dan agensi tempatan di Rusia.
Sejak usia muda, majalah fesyen antarabangsa dihiasai dengan foto gadis cantik ini.
Oksana memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi, ketika itu dia merupakan pelajar di Fakulti Perniagaan di magistracy Universiti Ekonomi Plekhanov, Rusia. Miss Moscow 2015 ini juga mempelajari bahasa Inggeris kerana sangat petah dalam penggunaan bahasa itu.
Selain itu, Oksana juga meminati bidang fotografi sebagai hobi, dia juga merupakan pereka bentuk pakaian dan aksesori fesyen wanita dalam sebuah agensi fesyen terkemuka.
Impian Oksana adalah untuk mencipta koleksi fesyen dengan jenamanya yang tersendiri serta bercita-cita untuk menjadi seorang penyampai televisyen sebagai profesion satu hari nanti.
0 Comments