Dedah Gambar Kad Nikah, Norazah Aziz Diminta Hitamkan Rambut Kembali

Dedah Gambar Kad Nikah, Norazah Aziz Diminta Hitamkan Rambut Kembali

Dedah Gambar Kad Nikah, Norazah Aziz Diminta Hitamkan Rambut Kembali:




Pelakon Norazah Aziz dipuji lebih cantik dengan rambut warna asal iaitu hitam oleh peminatnya.

Semuanya, selepas gara-gara Norazah, 45, yang kini menetap di Montreal, Kanada mendedahkan foto di kad nikahnya yang diambil pada tahun 1995.

Menerusi foto yang dikongsi di akaun Instagram (IG) miliknya, Norazah kelihatan muda dan cantik dengan rambut hitam paras bahu disamping foto suaminya, Daud Leroy, 51.


Dalam entri tersebut, Norazah memberitahu dahulu dia sering membawa kad nikah itu ke mana kerana bimbang jika didatangi badan pencegah maksiat.


Namun foto tersebut mendapat perhatian ramai terutama peminatnya yang memuji kecantikan wajahnya,  lebih-lebih lagi apabila berambut hitam.

Malah ramai yang meminta agar dia kembali mewarnakan rambutnya kepada hitam.

Namun, Norazah tidak membalas mana-mana komen yang diturunkan sebaliknya hanya mendiamkan diri.

Norazah dan suami mendirikan rumah tangga pada 1994 dan telah dikurniakan tiga anak lelaki, Aaron, 22, Ryan, 15, dan Justin, 13.



Post a Comment

0 Comments