Melihatkan akan layanan Chef Wan pada ibunya yang sangat mesra dengan panggilan Cik Ani membuatkan ramai netizen yang memuji dan mendoakan kesejahteraan dua beranak ini.
Setiap kali berkongsi cerita tentang ibunya di laman instagram, memang terserlah kasih sayang seorang anak yang tiada penghujungnya buat “syurga dunianya” itu.Baru-baru ini, Chef Wan memuat naik perkongsian mengenai konsep berkongsi rezeki dengan ibunya. Malah tidak dilupakan, dia juga turut melupakan bekas isterinya walaupun sudah lama berpisah. Bagusnya Chef Wan ni kan, sejuk perut ibu mengandungkannya.
Berkongsi rezeki
“Dapat saja duit rezeki hari ni terus saya niat minggu ini jika ada masa lapang nak bawa emak beli kain baju dia at Jakel pulak.
Bila Allah beri kita rezeki cepat2 kita ingat nak sedekah sebahagian dari rezeki itu pada Ibu dan Janda saya too.
“Saya selalu berfikir harta dunia ini tak boleh kita bawa mati pun.
Jika kita tak belanja kan terutama pada ibu dan bapa kita masa di dunia lagi yg pasti di akhirat nanti kita kerugian besar.
Over in my life i have seen many people including my own circle and extended fanilies pun yg jenis tangkai jering atau jenis tak peduli langsung.
Bila kita tegur ada yg sentap. That is why saya selalu noticed dari muda sampai ke tua rezeki saya ada sahaja yg datang,” ujar Chef Wan lagi.
Jadi inspirasi
Mengakui, perkongsian tersebut bukanlah mahu memuji diri sebaliknya ia lebih kepada memberi inpirasi kepada generasi baru.
“Sharing this true story is not about nak memuji diri saya but only to inspire others to also follow my food step especially kepada anak2 muda generasi yg baru.
“Jangan la kita berkira kira atau pun bersifat kedekut dgn kedua ibu bapa kita, adik beradik mau pun saudara mara kita.
“I want to leave this world not by remembering that i have accumulated berapa banyak harta, anugerah2 , pangkat dan darjat or being famous except all my sedekah dan kebaikan i have done to others that will put a smile on my face. Infact yg Allah selalu pesan kita pun itu la juga,”jelas Chef Wan lagi.
Perkongsian tersebut membuatkan pengikut diinstagramnya mengatakan Chef Wan adalah seorang anak yg baik selain patut menjadi contoh kepada orang muda lain.
0 Comments