Isteri Dedah Gurauan Terakhir Saleem Sebelum Ajal Menjemput

Isteri Dedah Gurauan Terakhir Saleem Sebelum Ajal Menjemput

Isteri Dedah Gurauan Terakhir Saleem Sebelum Ajal Menjemput




ISTERI kepada penyanyi Saleem (Iklim) iaitu Julia Bachok memberitahu arwah suaminya itu tidak sabar untuk pulang ke rumah dan bertemu anak-anak ketika masih lagi mendapatkan rawatan di hospital.
Menurut Julia, setelah dimaklumkan oleh doktor tahap kesihatan semakin baik, Allahyarham dibenarkan pulang ke rumah pada 2 Oktober lalu.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Suci Dalam Debu itu dimasukkan semula ke hospital pada selasa lalu selepas keadaan kesihatannya kembali merosot.
"Setelah beberapa minggu mendapatkan rawatan di hospital, dia semakin sihat dan dibenarkan pulang ke rumah. Saya tahu dia nak pijak rumah dia dan minta nak balik.
"Dia berehat di rumah selama enam hari, saya nampak dia sakit tapi dia lawan dan tak tunjuk. Saya nampak dia lemah dan perlu dipapah tapi masih boleh bercakap perlahan-lahan dan boleh bergurau.
"Pada Selasa lalu, dia dimasukkan semula ke hospital apabila tahap kesihatannya kembali merosot, dia dah tak nak bercakap dan saya tahu dia dah kritikal tapi tak nak hebohkan sehinggalah dia meninggal," katanya kepada mStar Online.

Julia bersama anak bongsu mereka, Amirul Mukminin.
Saleem atau nama sebenarnya, A.M Salim Abdul Majeed menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 9, Cheras, Selangor pada Ahad.
Antara rakan artis yang turut kelihatan di pengebumian tersebut ialah Datuk Hattan, Freddie Fernandez, Kopratasa, Ifa Raziah dan ramai lagi.
Penyanyi berusia 57 itu terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 12 September lalu.
Kemalangan tersebut mengakibatkan tulang rusuknya patah dan dia berada dalam keadaan koma.
Menerusi perkahwinan dengan Julia, Saleem dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Amirul Mukminin, 15 tahun.


Syafiq Farhain semasa pengebumian arwah bapanya, Saleem.
Manakala anak hasil perkahwinan terdahulu pula ialah Nurluqman Hakim, 30, Nurul Hidayah, 28, Nursyafiq Farhain, 24, Nurfahmie Jufrie, 26, dan Nurul Azwanie Shuhada, 18.
Sementara itu, Julia memberitahu suaminya itu pernah menyuarakan hasrat untuk mengadakan jelajah bagi bertemu peminat di Indonesia.
"Dia (Saleem) pernah menyatakan hasrat dengan menantunya (Liza) untuk menjelajah dan hiburkan peminat di felda-felda dan mahu terbang ke Indonesia.
"Namun impian terakhirnya itu tak dapat dipenuhi. Itu antara perkara yang dia pernah rancangkan sebelum terbabit dengan kemalangan tersebut," katanya.


Post a Comment

0 Comments