Gegar Vaganza 5: Biar hilang suara, namun Zamani tetap 'legend'

loading...
Loading...
Gegar Vaganza 5: Biar hilang suara, namun Zamani tetap 'legend'     

Zamani turut dibantu Nabil dan Jihan yang menemaninya di atas pentas. 
-Astro Gempak

SHAH ALAM: Biarpun mengetahui keadaan kesihatannya benar-benar tidak mengizinkan,
 Zamani tetap memberanikan diri naik ke pentas untuk membuat persembahan pada konsert kelima 
Gegar Vaganza 5.

Zamani yang sepatutnya menyampaikan lagu "Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta" 
dendangan asal Flybaits, tidak dapat meneruskan nyanyiannya ketika berada di pentas.

Namun di kala penonton tergamam melihat situasi yang janggal itu, Zamani dibantu penonton 
yang sama-sama menyanyikan lagu itu selain juri Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk AC Mizal.
Dalam konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu dia sepatutnya menganyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta oleh Flybaits.

 Peminat memberi sokongan dengan melaungkan namanya serta menyanyikan lagu itu. Juri juga turut menyanyi bersama sebagai peniup semangat. Adakah Zamani akan tersingkir di hujung persembahan nanti? Atau ada pengumuman lain berkaitan Zamani?

 Tunggulah sehingga siaran langsung di Astro Ria berakhir nanti.

Post a Comment

0 Comments