FAKE ATAU JENIS BERLIAN ...DSV YANG TIPU ATAU AISYAH YANG TAK FAHAM?TOKEY EMAS BAGI PENJELASAN

FAKE ATAU JENIS BERLIAN ...DSV YANG TIPU ATAU AISYAH YANG TAK FAHAM?TOKEY EMAS BAGI PENJELASAN

FAKE ATAU JENIS BERLIAN ...DSV YANG TIPU ATAU AISYAH YANG TAK FAHAM?TOKEY EMAS BAGI PENJELASAN
FAKE ATAU JENIS BERLIAN YANG ORANG RAMAI TAK TAHU
AMARAN : posting ini panjang. Ada ilmu emas sebagai bekalan. Yang baik ambil, yang tak baik buang ya.
Sedih dengar isu tentang barang kemas hadiah pemberian dsv kepada penyanyi Aisyah dlm gegar vaganza musim lepas.
Ramai kata dsv beri barang kemas fake yang dicanang berharga 80k! Tapi, bila aisyah nak potong barang kemas tersebut, tuan kedai kata nilainya tidak semahal itu.
Barang kemas yang dsv beri kan sebagai hadiah itu dsv cakap nilainya 80k.

Ianya adalah emas putih yang bertatahkan berlian swiss.
Masalahnya timbul bila Aisyah nak potong dan kedai cakap itu berlian fake. Kenapa tokey kedai cakap itu berlian palsu sedangkan dsv cakap barang kemas tu bernilai 80k?
Mari kita belajar ttg susut nilai, emas putih dan berlian Swiss dari kes diatas.
Apa2 barang sekali pun ada susut nilai. Siti beri contoh mudah :
Beli kereta harga 80k. Awak jual balik tak kan dapat harga sama walaupun pagi tadi beli, petang nak jual balik.
Begitu juga situasinya dengan barang kemas. Sedangkan emas 916 pun, kalau beli 80k bila nak jual balik, tokey kedai akan ambil dengan harga used gold iaitu anggaran 25-30% susut dari nilai harga emas semasa.
Apetah lagi emas putih, emas putih ni bukan sahaja harga masa nak beli mahal , tapi bila nk jual harganya lebih murah dari emas 750.
Ada kedai emas yang tak ambil emas putih dan ada Ar rahnu yang tak terima emas putih. Dan ada kemungkinan kalau ada yang nak beli, nilainya sangat2 murah. Sangat2 rendah.
Tapi, aisyah dan dsv bukan isu susut nilai. Tapi isu berlian yang dikatakan fake.
Berlian Swiss turut dikenali sebagai zirconia. Kami penjual emas biasa panggil zirconia atau biasa panggil batu je.
Sama dengan batu kat cincin tunang tu. Zirconia lah tu. Nak gah sikit panggil lah Berlian Swiss.
Zirconia ni tiada nilai. Hanya sebagai aksesori tambahan je. Ya, Ia tetap berlian tapi bukan berlian yang ade karat mahal. Bukan berlian gred mahal. Berlian biasa sahaja.
Kalau ada emas yang ada batu2 zirconia ni biasanya kalau nak jual, kami akan buka batu tu dahulu, kemudian baru timbang emas.
Batu kami pulang balik. Memang tak ambil.
Kalau emas 916 ada nilai lah nak dijual. Tapi, kalau emas putih ni maaf memang Siti tak ambil.
Tapi Batu ruby/sapphire tu bole jual balik. Cuma harganya tak cecah 80k.
Itu yang membuat Aisyah merasa tertipu sebab berlian yang disangka ada nilai mahal tapi sebenarnya adalah batu zirconia.
Analoginya, seolah dapat hadiah emas. Emas memang emas. Tapi, emas korea. Cantik dipakai tapi tiada nilai.
Siti faham isu batu yang menjadi pertelingkahan ni. Bukan isu emas putih, atau design kerawang bunga. Tapi, sebab berlian tu murah.
Harga barang kemas yang kita rasa mahal gilerrrr sampai 80k tapi takde nilai ni, boleh jadi lebih mahal kalau design dia rare.
Ade kerawang ke, ade petak atau segi2. Upah nak design tu mahal. Sebab tu tak heranlah dsv beli pada harga 80k.
Utk orang kaya raya mereka tak kisah pun harga tu sebab handbag diorang beli mahal2 sampai ratus ribu pun bukan ada nilai sangat.
Dia beli sebab dia suka, dia rasa cantik dan dia nak hadiah kan pada orang.
Harga tu belakang cerita lah. Dsv bukan peduli berapa pun nilai dia dulu, kini atau akan datang.
Cuma agak terkilan lah bila hadiah yang diberi atas keikhlasan dan suka2. Takde dalam contract pun, saja je dsv nak bagi.
Hadiah adalah hadiah. Hargailah.
Antara Aisyah dan dsv, biar lah mereka settle cara baik. Siti doakan Allah permudahkan semuanya dan mereka berbaik semula. Aminn.
Cuma kerana ia berlian Swiss/ cubic zirconia / Batu dan harga barang kemas tu dibeli pada harga 80k kita rasa ralat bila itu bukan berlian asli.
Tapi, dato Vida ckp hadiahnya bukan berlian asli bernilai 80k. Tapi, barang kemas bernilai 80k.
Jadi, itu lah yang Aisyah dapat.
Cantik dipakai tak semestinya bernilai.
Ada byk perkara kita bole belajar disini. Kita dapat belajar tentang berlian Swiss, cubic zirconia, kita dapat belajar tentang emas putih, kita dapat belajar susut nilai dan kita dapat belajar tentang hati manusia.

Nota tambahan :
1. Cubic Zirconia ni memang berlian fake pun. Berlian yang dihasilkan dari teknologi makmal dengan mencampurkan beberapa bahan kimia. Bukan berlian semulajadi yang dilombong dari tanah.
Jenama Swarovski banyak jual aksesori pakai cubic zirkonia ni malah semua crystal Swarovski adalah buatan makmal, bukan batu betul dan Swarovski tak tulis Zirconia ni sebagai Diamond sebab tak nak pengguna tertipu.
Dlm kes ni DSV gagal explain yg jewelry yg dia bagi ni berlian zirconia je aka berlian fake bukan berlian asli pun.
- hadi CM
Wallahualam
-SitiGlimmer ❤️

Post a Comment

0 Comments