Pemilik Pusat Tahfiz bernafsu songsang

Pemilik Pusat Tahfiz bernafsu songsang

Pemilik Pusat Tahfiz bernafsu songsang

PEMILIK pusat tahfiz di pinggir Kuala Lumpur ditahan pihak polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual selain meliwat penuntut berusia belasan tahun sejak beberapa bulan lalu
Difahamkan sembilan antara penuntutnya berusia seawal 12 tahun dipaksa secara seksual melakukan perbuatan jijik oleh suspek berusia awal 30-an.
Sumber berkata, kejadian itu didedahkan sendiri beberapa tenaga pengajar di pusat tahfiz terletak di Kepong di sini, selepas mereka menerima aduan dari penuntut di pusat tahfiz berkenaan.


Menurutnya, semua pelajar terbabit sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) untuk diambil keterangan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.
“Perbuatan keji itu mula terbongkar selepas beberapa mangsa mengadukan kejadian dialami kepada tenaga pengajar di pusat itu.
“Selepas yakin dengan bukti dikumpulkan, seramai tiga tenaga pengajar di pusat tahfiz itu sepakat membawa semua mangsa ke IPKKL untuk membuat laporan polis minggu lalu sebelum kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak ( D11),” katanya.
“Hasil laporan perubatan oleh pihak HKL mengesahkan salah seorang mangsa diliwat hingga mengalami kecederaan usus manakala selebihnya berdepan gangguan emosi yang teruk.
“Mangsa lain mendakwa dipaksa melakukan onani, mandi bersama, diraba selain pelbagai perbuatan tidak masuk akal oleh suspek yang juga mudir pusat tahfiz itu,” katanya.
Malah ada antara mangsa bawah umur ini mendakwa dibawa suspek ke beberapa penginapan di Bukit Bintang dan Chow Kit untuk melakukan perbuatan keji itu.
Susulan laporan diperoleh itu, polis bertindak menahan suspek terbabit sebelum direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan atas jenayah liwat dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul.
“Suspek bagaimanapun sudah dibebaskan dengan jaminan polis. Kertas siasatan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan menunggu masa untuk pendakwaan,” katanya.
Pihak polis yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut.
Difahamkan lelaki itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan akan dibicarakan berhubung kejadian itu pada Oktober nanti.

Post a Comment

0 Comments