Terlalu Sunyi Dan Seram,Wanita Ini Kongsi Pengalaman Seram, Sebaik Kaki Jejak ‘Hutan Bunuh Diri’ Di Jepun

Terlalu Sunyi Dan Seram,Wanita Ini Kongsi Pengalaman Seram, Sebaik Kaki Jejak ‘Hutan Bunuh Diri’ Di Jepun

Terlalu Sunyi Dan Seram,Wanita Ini Kongsi Pengalaman Seram, Sebaik Kaki Jejak ‘Hutan Bunuh Diri’ Di Jepun

Di negara Jepun ada sebuah hutan yang dinamakan ‘Hutan Bunuh Diri’. Sebab apa, disinilah penderita depresi rakyat Jepun mengakhiri hidup mereka secara paksa, ‘Bunuh Diri’.

Ketika kembara ke bumi Jepun pada 4hb hingga 14 Ogos lalu, Fatimah Naamat (Tim) berpeluang menjejak sendiri betapa seram dan sunyinya keadaan Hutan Aokigahara yang mendapat jolokan nama ‘Hutan Bunuh Diri’.


                     Wanita Ini Lalui Pengalaman Seram, Sebaik Kaki Jejak 'Hutan Bunuh Diri’ Di Jepun

Ada Yang Ditemui Gantung Diri, Minum Racun & Hiris Nadi Di Tangan

Seusai kami turun dari menakluk Gunung Fuji, kami ada beberapa jam sebelum menaiki bas ke Tokyo.

Tiba-tiba terpacul keluar idea nak ke Hutan Aokigahara atau dengan nama popularnya Hutan Bunuh Diri. Aokigahara terletak 25 minit sahaja dari Kawaguchiko.


Aokigahara merupakan tempat pilihan terakhir untuk hampir 100 rakyat Jepun (setahun) menghabiskan sisa hidup mereka. Statistik ini tinggi kalian. Sebulan dalam 8-10 orang yang bunuh diri di hutan ini.

Ada yang bunuh diri dengan menggantung diri, minum racun dan menghiris nadi di tangan.

                     Wanita Ini Lalui Pengalaman Seram, Sebaik Kaki Jejak 'Hutan Bunuh Diri’ Di Jepun

Angin Pun Tak Mampu Menembusi Hutan Tebal Ini

Bila kami jejak kaki di sana, terus meremang bulu roma di lengan. Hati kumat kamit berdoa janganlah terserempak dengan mangsa bunuh diri.

Tak mampu Tim nak hadapi mimpi ngeri berbulan-bulan kalau ternampak satu insiden menyayat hati secara live.

Hutan ni sangat sunyi kawan-kawan. Rupanya geografi hutan yang berasal dari lava gunung berapi berupaya menyerap segala bunyi yang ada.

Memang menyeramkan bila kita masuk hutan namun tiada kedengaran bunyi hutan. Ianya sepi sunyi seolah hutan itu sendiri dalam keadaan depressi.

Malah hutan Aokigahara sangat tebal sehingga angin pun tak boleh masuk ke dalam. Eh nampaknya kena pasang Penapis Udara Cuckoo di sini. Ok tak kelakar tiba-tiba cerita pasal Cuckoo pula kan. Kah.

Tambahan lava gunung berapi bersifat tinggi galian besi. Menyebabkan line telefon tidak berfungsi di sini.

Bila jejak kaki di sini, baru Tim faham kenapa Aokigahara dipilih sebagai tempat pilihan bunuh diri no 1 rakyat Jepun.

                           Wanita Ini Lalui Pengalaman Seram, Sebaik Kaki Jejak 'Hutan Bunuh Diri’ Di Jepun

Hutan Ini Terlalu Sunyi Dan Seram

Suasananya yang sunyi dan menyeramkan, kawasannya yang luas dan hutan yang tebal memang sesuai sekali bagi mereka yang tengah alami depresi.

Kerajaan Jepun banyak tampal peringatan untuk mereka yang depresi ingat pada keluarga dan cari bantuan lain untuk keluar dari depresi.

Malah ada juga psikiatrist yang sukarela berkemah di kawasan Aokigahara dan memberikan nasihat percuma pada mereka yang dirasakan hilang semangat untuk hidup.

Ya kawan-kawan sekalian. Salah satu punca rakyat Jepun mempunyai kadar bunuh diri yang tinggi adalah kerana mereka hadapi depresi dengan hidup mereka dan mereka tidak tahu macamana nak hadapi depresi mereka.

Kita patut bersyukur sebab di Malaysia ada banyak ruang dan peluang untuk pejuang depressi teruskan hidup dan ubati depressi mereka.

Luahkan pada teman-teman sekiranya anda alami depresi dan cari lah bantuan sewajarnya.
Semua orang layak untuk hidup dengan penuh rasa syukur dan bahagia.

Tim,
Pernah lalui saat getir depresi.
Sumber/Foto : Fatimah Naamat

Post a Comment

0 Comments