Pelakon Malaysia Rasai Gempa Bumi Di Lombok, Terjun Dari Tingkat Satu

Pelakon Malaysia Rasai Gempa Bumi Di Lombok, Terjun Dari Tingkat Satu

Pelakon Malaysia Rasai Gempa Bumi Di Lombok, Terjun Dari Tingkat Satu 8m

Semalam telah berlaku satu gempa bumi di Lombok, Indonesia yang menyebabkan hampir 90 orang kehilangan nyawa.

Sehingga kini, tiada berita yang mengaitkan gempa bumi itu dengan rakyat Malaysia.

Namun seorang pelakon dari Malaysia yang sedang bercuti di Lombok akui antara yang terasa gegaran gempa bumi tersebut.

Pelakon berkenaan ialah pelakon drama Ti Ami Sweet heart 100 hari iaitu Adam Shadan.



Selain dirinya, Adam Shadan bercuti di Lombok dengan rakan lain termasuk seorang lagi pelakon baru iaitu Ikhram Juhari.

Terkejut dengan kejadian, Adam ingatkan nyawanya bakal melayang ekoran kejadian tersebut.


"Saya ingatkan malam tadi saya akan mati, syukur Alhamdulillah... Allah masih panjangkan umur selepas diselamatkan oleh pasukan penyelamat dan warga tempatan."




Kata Adam Shadan, dia dan Ikhram Juhari sedang bercuti bersama-sama tiga sahabat mereka di Pulau Gili Trawangan sejak hari Khamis yang lepas.

Adam Shadan dan rakan berada di sebuah kedai makan untuk menjamu selera ketika gempa bumi berlaku kira-kira jam 8 malam.


Kata Adam Shadan, dia telah melompat dari tingkat satu apabila panik dengan gegaran terbabit.


"Belum sempat membuat tempahan, tiba-tiba gempa melanda dengan begitu kuat lalu membuatkan kami panik dan lari menyelamatkan diri masing-masing. Restoran tersebut yang berada di tingkat satu bangunan dan terdapat ramai pelanggan."


"Keadaan menjadi huru-hara kerana semuanya berebut-rebut menggunakan tangga menuju jalan keluar di tingkat bawah. Disebabkan terlalu cemas, saya dan rakan-rakan tekad terjun dari tingkat satu restoran berkenaan dan lari ke puncak bukit berdekatan mencari tempat perlindungan"

Kemudian, mereka mengambil perlindungan dan  tidur di atas puncak bukit tersebut bersama-sama pelancong lain yang terselamat sehinggalah dijumpai pasukan keselamatan.


Ini beberapa foto Adam Shadan dan rakan ketika di Lombok




Kesemua mereka kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok dan bakal terbang pulang malam ini.


Syukur Adam Shadan dan rakan yang lain selamat.

Post a Comment

0 Comments