Misteri Kelibat Jururawat Mary Lee Di Hospital Waverly Hills Sanatorium

Misteri Kelibat Jururawat Mary Lee Di Hospital Waverly Hills Sanatorium

Misteri Kelibat Jururawat Mary Lee Di Hospital Waverly Hills Sanatorium
Terdapat banyak hospital yang dikatakan berhantu bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Setiap negara mempunyai kisahnya sendiri tentang hospital yang berhantu.

Kali ini  membawakan kisah hospital berhantu dari negara Amerika Syarikat.

Waverly Hills Sanatorium merupakan sebuah hospital yang terletak di Louiseville, Kentucky, Amerika Syarikat.

 Ia dikatakan sebagai tempat yang paling berhantu di Amerika Syarikat dan ini adalah disebabkan pelbagai kisah dan legenda bandar yang diceritakan mengenai tempat ini dan sejarahnya. Waverly Hills dibina pada tahun 1910 sebagai sebuah pusat rawatan pesakit batuk kering yang merebak ketika itu.

Terdapat banyak kes kematian yang dilaporkan berlaku di Waverly Hills ketika menerima rawatan di situ berikutan masalah ketiadaan penawar dan rawatan khusus untuk penyakit batuk kering dan rawatan yang diberikan hanyalah untuk tujuan ujikaji. 

Pesakitlah yang menjadi mangsa ujikaji tersebut. Kebiasannya, rawatan yang diberikan kepada pesakit tidak berkesan untuk melawan penyakit batuk kering. Waverly Hills Sanatorium kemudiannya ditutup oleh kerajaan negeri kerana terdapat kes penderaan terhadap pesakit.

Beginilah keadaan pesakit di Waverly Hills Sanatorium

Kisah misteri dan cerita seram mengenai Waverly Hills berkait rapat dengan fakta bahawa tempat ini pernah dijadikan sebagai hospital.

 Kebanyakan cerita seram yang selalu dikatakan adalah tentang hantu jururawat atau pesakit yang pernah berada di hospital semasa ia masih beroperasi. Hospital ini sangat berhantu kerana dikatakan terdapat hantu-hantu yang berkeliaran dari pintu masuk sehinggalah bumbung hospital.


Salah satu cerita hantu yang popular di situ ialah seorang jururawat yang dikatakan menghantui tingkat pertama hospital. Jururawat di dalam cerita terbabit cuba membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya sendiri. 

Kemudian, dia berlari keluar daripada bangunan hospital sambil menjerit dan darah terus mengalir keluar melalui pergelangan tangannya yang dikelar. Darahnya menitis di sepanjang lobi hospital dan dia akhirnya mati di depan bangunan hospital Waverly Hills Sanatorium.

Sering terlihat kelibat yang berkeliaran di Waverly Hills Sanatorium

Barangkali hantu jururawat tersebut ada kaitan dengan jelmaan seorang wanita tua yang berlari berdekatan pintu masuk Waverly Hills Sanatorium dalam keadaan badannya diikat dengan rantai dan tubuhnya dipenuhi luka serta darah seperti yang didakwa oleh ramai pengunjung yang pernah terserempak dengan jelmaan wanita tua itu. 

Sambil berlari wanita tua itu meraung meminta tolong sebelum hilang begitu sahaja bagaikan kabus.


Selain itu, kejadian-kejadian misteri yang berlaku di hospital ini dikatakan ada kaitan dengan peristiwa seorang ketua jururawat membunuh diri pada tahun 1928 kerana mengandung luar nikah dan dalam keadaan hamil tersebut dia ditinggalkan oleh kekasihnya.

 Tertekan dengan keadaan itu, jururawat itu membunuh diri dengan menggantung diri di dalam bilik 502. Nama jururawat itu adalah Mary Lee. Mayatnya terbiar lama dalam keadaan tergantung sebelum ditemui.

Kelibat seorang gadis mirip Mary Lee yang mati bunuh diri

Semenjak kejadian bunuh itu, di tingkat tiga bangunan hospital tersebut sering kelihatan kelibat seorang gadis. Diceritakan bahawa ada kalanya gadis ini muncul seperti manusia biasa dan akan berbual dengan pengunjung yang hadir di hospital.

 Pada waktu yang lain pula dia dilihat berdiri di tepi tingkap hospital dan memandang ke luar dengan wajah yang sayu. Mereka menamakan gadis hantu itu sebagai Mary kerana ia menyerupai jururawat Mary Lee yang mati bunuh diri di situ.


Kononnya juga berlaku kejadian seorang jururawat membunuh diri dengan terjun dari tingkap bangunan itu pada tahun 1932. Sejak itu kelibat seorang jururawat muda sering dilihat berlegar-legar di hospital berkenaan. 

Kisah yang terbaru mengenai bilik 502 telah tersebar dan ia adalah tentang seorang lelaki gelandangan yang dibunuh oleh sebuah kumpulan dalam bilik tersebut. Ada yang mengatakan bahawa lelaki itu dibunuh dan digunakan sebagai korban di dalam satu ritual penyembahan syaitan.


Cerita tentang terowong kematian juga terkenal di Waverly Hills Sanatorium. Terowong ini asalnya dibina untuk mengangkut barang-barang keperluan hospital ketika musim sejuk. 

Disebabkan banyak kes kematian yang berlaku akibat penyakit batuk kering, melalui terowong inilah mayat-mayat pesakit dialihkan untuk mengelakkan pesakit dan staff yang lain melihat mayat-mayat tersebut. Ada lagenda bandar yang mengatakan bahawa mayat-mayat tersebut hanya dicampak ke bawah terowong dibiarkan jatuh begitu sahaja.


Terowong di Waverly Hills yang digelar sebagai ‘Terowong Kematian’

Selain daripada kisah-kisah yang dinyatakan di atas, ada juga pengunjung yang mendakwa ternampak jelmaan seorang kanak-kanak di bumbung hospital. 

Terdapat cerita yang kononnya suatu ketika dahulu budak itu merupakan seorang pesakit di hospital Waverly Hills Sanatorium dan dia ditempatkan di atas bumbung sebagai satu proses terapi bagi mendapatkan pancaran cahaya matahari secara optimum.


Dikatakan, tempat paling berhantu di hospital Waverly Hills Sanatorium adalah di tingkat empat. Selalu ternampak bayangan-bayangan aneh yang dilihat mundar-mandir, daun pintu yang terbuka dan tertutup sendiri dengan kuat serta suara jeritan dan bunyi bising boleh kedengaran pada waktu-waktu tertentu.

Di samping itu, ada juga yang mendakwa terhidu seakan-akan bau masakan dari bahagian dapur yang telah lama terbiar di Waverly Hills. Malah ada yang mendakwa melihat jelmaan tukang masak bekerja di dapur terbiar itu. 

Di kaki lima hospital pula selalunya akan terdengar suara bisikan, tangisan dan jeritan misteri yang tidak diketahui dari mana puncanya.

Post a Comment

0 Comments