Lavida Coin nak buat apa? Gantikan berlian palsu dengan emas atau wang - Aishah

Lavida Coin nak buat apa? Gantikan berlian palsu dengan emas atau wang - Aishah

Lavida Coin nak buat apa? Gantikan berlian palsu dengan emas atau wang - Aishah

PENYANYI Aishah menolak tawaran usahawan kosmetik Datuk Seri Vida yang mahu menukar hadiah rantai berlian yang dimenanginya selaku juara Gegar Vaganza 4 (GV4) dengan Lavida Coin.

Aishah, 53, berkata, dia hanya bersetuju jika rantai berlian yang didakwa berharga RM80,000 itu ditukar dengan wang tunai atau emas yang sama nilai.

"Kalau nak ambil balik rantai yang diberi itu gantikan semula dengan barang kemas atau wang tunai sesuai dengan harga yang digembar-gemburkan.

"Bukan dengan memberi Lavida Coin, saya tak mahu itu, nak buat apa?.




Aishah terkilan apabila mengetahui rantai berlian itu tidak bernilai.

"Seeloknya, dia minta maaflah kerana menipu!," katanya kepada mStar Online.

Lavida Coin ialah salah satu bentuk pelaburan mata wang kripto dan token digital yang diperkenalkan oleh Vida.

Pada Sabtu lalu penyanyi lagu Janji Manismu ini mendedahkan mengenai ketulenan barangan kemas tersebut selain masih belum menerima hadiah sebidang tanah lot banglo selepas hampir setahun menjuarai GV4.

Dia turut meluahkan rasa kecewa apabila pemeriksaan di kedai barang kemas mendapati rantai berlian tersebut bukan asli dan tidak mempunyai nilai.




Vida mahu tukar rantai berlian dengan Lavida Coin.

Sementara itu, Aishah memaklumkan pembantu peribadi kepada usahawan tersebut ada menghubunginya.

"Pembantu dia ada telefon saya, tapi tak sempat nak angkat kerana solat dan sekali lagi dia telefon tengah malam.

"Jadi masih belum berkesempatan berbincang mengenai perkara ini," ujarnya.
i
Menerusi laporan portal ini pada Isnin, Vida meminta Aishah supaya memulangkan semula rantai tersebut dan akan memberikan sesuatu yang 'luar biasa' kepadanya.

"Saya akan adakan pertemuan dengan Aishah dalam masa terdekat. Kita duduk bersama-sama untuk menerima penyerahan kembali rantai itu dengan hati yang sangat gembira.
"Pulangkan kepada saya, tidak mengapa. Saya akan gantikan rantai itu dengan satu benda yang sangat luar biasa iaitu Lavida Coin. Lepas itu barulah dia akan kata inilah rupa-rupanya yang saya cari selama ini," katanya.

Post a Comment

0 Comments