Ayu Menangis Rindu Abe

Ayu Menangis Rindu Abe

Ayu Menangis Rindu Abe

BUDAK 11 tahun yang berkahwin dengan peraih getah berusia 41 tahun, kini hanya mampu menahan rindu terhadap suaminya itu apabila dia kini ditempatkan di pusat kebajikan di Thailand, sejak awal bulan ini.
Ibunya, 47, mengakui anaknya amat merindui dan mahu menemui suaminya tapi tidak dibenarkan pihak berkuasa Thailand.
Katanya, anaknya kini berada di pusat kebajikan di Thailand, tidak jauh dari pekan Sungai Golok, dan hanya boleh dikeluarkan dari situ selepas berumur 18 tahun.



Ibu itu yang juga warga Thailand, berkata, dia dan suami juga ditempatkan di pusat kebajikan itu dengan semua perbelanjaan makan dan minum ditanggung kerajaan Thailand.
"Kami hanya menemani anak untuk tempoh beberapa bulan saja dan kerajaan Thailand berjanji untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada saya dan suami.
"Mungkin selepas ini kami akan tinggal di Thailand dan berhenti mengambil upah menoreh getah di negara ini," katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Panggong Lalat, di sini,
hari ini.
Beliau pulang ke rumah sewanya pagi tadi untuk mengambil semua barangan serta pakaian untuk dibawa pulang ke Thailand.
Aminah akan pulang ke Thailand semula petang ini kerana pihak berkuasa negara itu tidak membenarkannya memasuki Malaysia bagi tempoh yang lama.

Post a Comment

0 Comments