src="http://cdn.innity.net/admanager.js">

Tak bayar yuran, budak tadika dikurung

Loading...
Tak bayar yuran, budak tadika dikurung



NEW DELHI - INDIA Sekurang-kurangnya 16 murid tadika didakwa dikurung di bahagian ruang bawah tanah sebuah sekolah di Delhi, gara-gara ibu-bapa mereka gagal menjelaskan yuran kepada pihak pentadbiran.

Kejadian itu berlaku di sekolah perempuan di daerah Hauz Qazi, awal minggu ini.

Ibu-bapa murid terbabit mendakwa anak-anak mereka dikurung dari jam 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari dalam suhu panas yang ekstrem.

Mereka turut mendakwa, kesemua murid terbabit dibiarkan tanpa makanan dan air.

"Saya telah menjelaskan yuran sekolah, tetapi anak saya tetap dihukum. Biarpun saya telah tunjuk bukti pembayaran, pengetua enggan meminta maaf dan tidak menyesal dengan perbuatannya," kata Zia-Ud-Din.

Sementara itu, polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung insiden berkenaan.
"Kami telah mendaftarkan kes ini di bawah Seksyen 75 Akta Keadilan Juvana. Kami akan menyiasat perkara ini," kata polis kepada agensi berita ANI. - NDTV

No comments

z35W7z4v9z8w