Hakim yang benarkan Lina Joy keluar islam....Itulah Dia

Hakim yang benarkan Lina Joy keluar islam....Itulah Dia

Perlantikan Richard Malanjum, cabaran besar buat umat islam menanti.


1). Pada tahun 2007, dalam kes permohonan Lina Joy untuk mnenukar agama asal dari islam ke kristian, tiga hakim yang terlibat dalam proses kehakiman kes tersebut.

Dua hakim (orang islam) tidak bersetuju untuk membenarkan Lina Joy murtad, manakala seorang hakim iaitu Richard Malanjum mengundi untuk membenarkan Lina Joy keluar islam.
Kemenangan kes ini menjadikan amalan murtad di negara ini ditutup dari sudut sistem dan perundangan.
.
2). Tahun 2015, kes rayuan penggunaan kalimah Allah utk merujuk kepada Jesus oleh akhbar The Herald telah ditolak oleh keputusan majoriti hakim (4 berbalas 3)
Salah seorang daripada tiga orang hakim yang mengundi untuk membenarkan kalimah Allah merujuk kepada Jesus adalah Richard Malanjum.
Ini adalah satu langkah bagaimana sistem kehakiman boleh menutup ruang untuk berlaku mudarat besar kepada agama.
.
3). Pada awal tahun 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak guru tadika, M Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.
Antara hakim yang undi membatalkan penukaran agama tersebut adalah Richard Malanjum.
.
4). Kehakiman ini hakikatnya terletak pada hati para hakim. Bukan semata-mata teks dan fakta. Kerana hati yang ada pada hakim yang menafsir teks dan fakta.
Hakim yang diyakini keislamannya, hatinya akan cenderung kepada islam. Hakim yang beriktikad dengan iktikad agama lain atau sekular akan cenderung kepada agama dan iktikadnya.
.
5). Teringat akan tulisan seorang pendakwah haraki terkenal, Muhammad Ahmad Ar-rasyid yang berkata tentang bagaimana sesebuah keruntuhan tamadun berlaku walaupun sesebuah negara itu telah maju. Sebuah soalan ditanyakan kepada Umar Al-Khattab:

“Adakah sesebuah negeri itu boleh musnah padahal ia kelihatan makmur maju?”
Beliau menjawab: “Ya, apabila orang-orang jahat menguasai orang-orang baik.”
Inilah sebabnya keruntuhan negara dan inilah penyakit pembunuhnya.
Penguasaan si zalim ke atas golongan yang baik adalah sebab kepada segala kelam kabut dan rosaknya dunia.

Apabila si zalim atau fasik berkuasa, mereka akan melantik orang yang jahat dan fasik seperti mereka juga untuk mengurus apa-apa urusan. Mana-mana si fasiq tak dapat tidak adalah tawanan nafsu dan dah tertutup hatinya. Mereka hidup lalai dan tidak berfikir pun untuk kebaikan bangsa dan negara mereka.

Mereka juga bekerja untuk kepentingan peribadi mereka. Bertindak zalim, menindas dan menyeleweng. Banyak tenaga dan kemampuan kemanusiaan dipersia-siakan. Orang yang benar-benar layak dan berpotensi terpaksa bersembunyi mencari perlindungan kehormatan dan jasad mereka dari dicerobohi dan diseksa.

Tinggallah urusan pentadbiran umat dipegang oleh mereka yang jahil dan berkepentingan. Hasilnya tersebarlah gejala keruntuhan masyarakat yang akhirnya membawa kemusnahan ekonomi dan ketamadunan ilmu.

Masih ada yang kata tidak perlu risau? 

Orang Islam sendiri yang menghancurkan Islam.Sedarlah benda ni dah lama di rancang,tunggu dah lihatlah berapa bnyak lg episode melawan Islam dalam 5 tahun ini.


Putera Waris

Post a Comment

0 Comments