Ekapol....Jurulatih ini antara yang lemah dibandingkan kanak-kanak bawah jagaannya kerana..

Ekapol....Jurulatih ini antara yang lemah dibandingkan kanak-kanak bawah jagaannya kerana..

Ekapol....Jurulatih ini antara yang lemah dibandingkan kanak-kanak bawah jagaannya kerana..




Selepas berjaya mengeluarkan empat dari 13 mangsa terperangkap di dalam Gua Tham Luang, pagi tadi mereka meneruskan misi untuk menyelamatkan 9 orang lagi yang masih berada dalam gua tersebut.

Menurut laporan media antarabangsa, jurulatih bernama Ekapol akan menjadi orang terakhir akan keluar dari gua itu.

Nama Ekapol turut jadi bualan orang ramai kerana menganggap jurulatih itu merupakan sumber kekuatan bagi kanak-kanak bawah jagaannya untuk terus hidup. Ini kisah kehidupan Ekapol yang mungkin anda ingin tahu. Semoga operasi menyelamat berjalan dengan lancar dan kesemua mangsa dapat dikeluarkan dengan selamat.

Anak yatim piatu, seorang sami





Ekapol merupakan seorang anak yatim piatu. Dia telah kehilangan semua ahli keluarganya pada umur 10 tahun akibat serangan nuklear yang melanda seluruh perkampungan utara Thailand. Ekapol telah dijaga oleh saudaranya sehingga dia berumur 12 tahun, dan selepas itu dia dihantar ke biara, tempat untuk para penganut Buddha.

Dia dilatih untuk menjadi sami tetapi dia ambil keputusan meninggalkan biara kerana ingin menjaga neneknya yang sakit di Mae Sai, utara Thailand.

‘Dia sayang kanak-kanak itu lebih dari dirinya sendiri..’





Menurut rakan lama, Ekapol merupakan seorang yang sanggup berkorban demi orang lain, terutama sekali kanak-kanak yang terperangkap bersamanya di dalam gua Tham Luang. Dia tidak minum alkohol, tidak merokok dan dia juga merupakan seorang yang pandai menjaga diri serta mendorong kanak-kanak bawah jagaanya untuk melakukan perkara yang sama.

Dia juga membantu Nopparata, ketua jurulatih pasukan bola sepak untuk menggunakan satu sistem demi mendorong kanak-kanak itu bukan sahaja berjaya dalam bola sepak, malah dalam pelajaran. Jika mereka mendapat keputusan yang bagus, mereka akan dihadiahkan barangan sukan baru seperti kasut bola dan sepasang seluar bola yang baru.

Jurulatih ini antara yang lemah dibandingkan kanak-kanak bawah jagaannya kerana..





Ekapol juga sanggup mengambil dan menghantar kanak-kanak itu selepas sesi latihan walaupun itu bukanlah tanggungjawabnya. Dia turut menerapkan sesi latihan yang ketat salah satunya, mengayuh basikal di kawasan bukit Mae Sai.

Menurut pegawai penyelamat, Ekapol merupakan mangsa paling lemah dibandingkan kanak-kanak yang lain. Ini kerana dia memberi bekalan makanan yang ada kepada mereka. Dia juga mengajar kanak-kanak itu untuk terus tenang, sabar dan simpan tenaga sehingga lah mereka ditemui oleh penyelamat beberapa hari lepas.



Ekapol mengajar kanak-kanak bawah jagaannya itu supaya minum air dari dinding gua.

Menurut ibu kepada salah seorang kanak-kanak itu;

Apa akan berlaku jika Ekapol tidak berada bersama kesemua 12 kanak-kanak itu? Bila dia keluar, kita kena pulihkan hatinya semula. Wahai Ekapol, saya tidak pernah sesekali akan menyalahkan awak.

‘Dia akan salahkan dirinya’- Rakan Ekapol


Pihak polis enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai tindakan kes kecuain Ekapol, malah ingin terus menumpukan perhatian untuk menyelamatkan kesemua mangsa terperangkap. Walaupun Ekapol mengetuai masuk ke dalam itu, namun majoriti menganggap jurulatih itu sebagai wira kerana dia antara faktor mengapa kanak-kanak itu masih hidup.

Ekapol juga meninggalkan nota mengatakan;

Saya berjanji akan menjaga kanak-kanak ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana terus memberi sokongan dan saya ingin meminta maaf.
Sumber: Twitter

Post a Comment

0 Comments