Budak 'gua' terlepas aksi final Piala Dunia

Budak 'gua' terlepas aksi final Piala Dunia

Budak 'gua' terlepas aksi final Piala Dunia



BANGKOK: Sekumpulan pemain bola sepak dan jurulatih yang terperangkap dalam gua Tham Luang  tidak akan terbang ke Moscow bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2018.

Doktor berkata, pemain pasukan Wild Boar itu akan menghabiskan sekurang-kurangnya tujuh hari di hospital bagi rawatan susulan.

Menurut pemeriksaan kesihatan pada empat mangsa pertama yang dijalankan semalam, dua mempunyai jangkitan paru-paru kecil dan seorang demam.

Kedua-duanya dirawat dengan antibiotik dan cukup sihat untuk bergurau pada waktu petang.

Budak bola berkenaan telah melihat ibu bapa mereka melalui kaca, tetapi belum dapat menyentuh atau memeluk mereka.

Pihak hospital berharap mereka boleh mengadakan perbualan antara satu sama lain melalui telefon hari ini.

Mereka masih memakai cermin mata hitam sebagai langkah berjaga-jaga selepas menghabiskan dua minggu dalam kegelapan.

Makanan mereka telah dinaik taraf dari bubur yang dicairkan: kini mereka dibenarkan memakan roti dan coklat, dua permintaan mereka pada pagi tadi.

Doktor telah menekankan bahawa semua adalah selamat dan sihat.

Minggu lalu, Presiden Fifa, Gianni Infantino menjemput pemain Wild Boar melalui surat kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Jeneral Somyot Poonpanmoung.

Salinan surat itu disiarkan dalam Facebook FAT.

Final Piala Dunia 2018 akan berlangsung di Stadium Luzhniki, Moscow pada 15 Julai ini.

Kumpulan remaja itu dan jurulatih mereka terperangkap di dalam gua Tham Luang yang dinaiki air di Chiang Rai sejak 23 Jun lalu.

Selepas hilang selama sembilan hari, pasukan penyelamat berjaya menemukan mereka awal minggu lalu. - The Guardian

Post a Comment

0 Comments