Best Information

Breaking

Thursday, 12 July 2018

Abil Dah Kahwin,Ini Kisah Cinta Mereka

Abil Dah Kahwin,Ini Kisah Cinta Mereka

SELEPAS lima tahun hidup menyendiri, Abil Fikri Ahmad, 49, mengakhiri zaman dudanya dengan suri hati Nor Aida Mohamad, 29, pada Jumaat lalu.

Lelaki pernah mendapat jolokan Duda Idaman Malaya itu menjadi sebutan ramai selepas kisah ketabahannya menjaga isteri Fauziah Muhamad yang menderita penyakit saraf otak sehingga meninggal dunia pada 2 April 2013.

Abil Fikri ketika dihubungi Sinar Harian meluahkan rasa syukur kerana kekosongan jiwanya selepas pemergian isteri kini terisi dengan kehadiran isteri baharu yang disifatkan seorang yang memahami.

Menurutnya, perkenalannya dengan isteri bermula sebagai rakan blogger, namun masing-masing tidak pernah meluahkan isi hati.

“Isteri antara rakan blogger yang rapat dan banyak membantu saya. Lagipun kebanyakannya sudah berkahwin dan dia pula masih bujang pada waktu itu, sudah tentulah saya lebih rapat dengannya.

Nor Aida yang berjaya mencuri hati Abil Fikri juga berasal dari Terengganu sama seperti Allahyarhamah Fauziah.

“Tapi, kami tak pernah declare sebagai pasangan kekasih pun. Cuma, Disember lalu saya mencuba nasib melamarnya dengan soalan ‘adakah dia sanggup ‘bermadu’ dengan arwah? dan dengan senangnya dia cakap ok,” katanya.




Nor Aida yang berjaya mencuri hati Abil Fikri.

Abil Fikri berkata, apa yang membuatkan hatinya tertarik dengan Nor Aida adalah wanita itu sentiasa mengingatkan dirinya supaya tidak lupakan allahyarhamah isteri selain menjaga solat dan rajin membaca al-Quran.

“Doa saya mengharapkan jodoh buat kali kedua dengan wanita berasal dari Terengganu iaitu sama dengan arwah isteri juga termakbul. Bila satu kampung ini, senanglah saya nak pergi ziarah. Paling saya terharu kerana ibu arwah juga merestui hubungan saya dengan isteri.

“Saya masih rapat dengan keluarga bekas mertua dan pernah berjanji dengan arwah yang saya akan terus menjaga ibu dan adik beradiknya lain walau apa saja berlaku,” katanya.

Pengorbanan Abil Fikri menjaga isterinya yang sakit menarik perhatian dan sokongan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu.

Ditanya perbezaan jarak usia dengan isteri 20 tahun, Abil Fikri berkata, faktor usia bukan penghalang ikatan kasih antara dua jiwa kerana paling penting bagaimana mahu mencorakkannya.

Bercerita mengenai perkembangannya, Abil Fikri berkata, dia masih aktif memberi ceramah motivasi kekeluargaan dan kini menetap di Putrajaya kerana isterinya bertugas di Jabatan Perangkaan di sana.

“Saya mohon maaf kepada semua pengikut setia saya di laman sosial kerana tidak jemput ke majlis perkahwinan baru-baru ini. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menitipkan doa dan ucapan tahniah di Facebook selepas saja gambar perkahwinan saya dimuat naik.

“Saya sudah anggap pengikut sebagai keluarga saya dan doakanlah perkahwinan saya dirahmati dan dilimpahkan rezeki Allah,” katanya. - Sinar Harian


terimakasih sudi like

No comments: