Petua Semulajadi Rawat Jerawat Badan

Petua Semulajadi Rawat Jerawat Badan

Petua Semulajadi Rawat Jerawat Badan

Jerawat dapat tumbuh di bahagian kulit dimana saja diseluruh tubuh, selama kulit tersebut memiliki pori-pori.

 Namun ada beberapa bahagian tubuh yang tidak boleh ditumbuhi oleh jerawat seperti mata, telapak tangan, telapak kaki dan bibir kerana tidak adanya pori-pori disana. 

Kemunculan jerawat memang terkesan menjengkelkan kerana dapat mempengaruhi penampilan kulit anda yang indah dan mulus. Hadirnya jerawat di sertai warna kemerahan yang ditimbulkannya kadang menjadi wanita merasa histeria menghadapi ini semua. Jerawat dapat tumbuh tidak hanya diwajah malahan juga dibadan.


Meskipun jerawat yang muncul dibadan dalam pandangan orang lain tidak terlihat oleh mata. Namun jangan pernah mencuba untuk mengabaikannya. Anda tetap harus melakukan rawatan yang tepat agar jerawat yang muncul dibadan boleh segera sembuh.


Kita semua pasti pernah mengalami masalah jerawat yang tumbuh di sekitar tubuh terutama sekali di bahagian belakang badan, dada, dan sekitar atas bahu. Paling tidak menyelesakan apabila ia timbul di sekitar bawah lengan.

Untuk anda kami kongsikan tip mengatasi jerawat pada tubuh dengan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi di rumah.

Ubat Gigi
Bunyinya pelik tapi percayalah yang ia berkesan! Ia mudah, efektif dan menjimatkan. Ia menyembuhkan masalah jerawat tanpa merosakkan tekstur kulit. Hanya sapukan sedikit ubat gigi di bahagian jerawat dan biarkan ia semalaman. Bahkan, ada yang berani mencuba merawat jerawat muka dengan cara ini dan ia berkesan.

Kulit Oren
Kali ini, hanya berserah pada asid sitrik yang terkandung di dalam kulit buah oren. Ia adalah penyembuh jerawat semula jadi. Ia mengandungi vitamin C, yang mana remedi baik untuk kulit. Letakkan kulit oren di bawah cahaya mata sehingga ia kering sepenuhnya. Kemudian, kisar kulit buah oren tersebut sehingga menjadi serbuk dan simpan di dalam sebuah balang. Dua minggu sekali, tambahkan air ke atas serbuk oren tersebut dan sapukan pes oren tersebut ke atas jerawat.

Serbuk Penaik
Serbuk penaik boleh dijadikan sebagai skrub holistik buatan dari rumah yang boleh menjadikan kulit lebih lembut, bersih dan cerah semula jadi. Ia juga boleh digunakan untuk merawat masalah jerawat. 

Tetapi, pastikan anda tidak mengulanginya lebih dari dua kali dalam seminggu. Serbuk penaik mengandungi konsentrasi alkali yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah pada kulit jika terlalu kerap penggunaannya. Untuk membuat skrub ini, anda perlukan dua sudu serbuk penaik dan sedikit air. Campurkan kedua-duanya sehingga menjadi pes pekat. Skrub pes tersebut ke atas kulit dengan lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk.

Post a Comment

0 Comments