Tuesday, 25 July 2017

[VIDEO] Gara-gara Gurauan Siti Nurhaliza, Datuk K Berubah Jadi Iron Man

loading...
Loading...
[VIDEO] Gara-gara Gurauan Siti Nurhaliza, Datuk K Berubah Jadi Iron Man

Anda pernah mendapat kiriman video orang menari dengan wajah anda atau wajah teman anda sendiri? Pasti anda terkejut dan tiba-tiba sahaja ketawa terbahak-bahak melihat video klip tersebut.
Instagram adalah satu medium yang hampir semua daripada kita gunakan untuk follow dan ambil tahu tentang selebriti yang kita minat.
Baru-baru ini satu lagi applikasi yang menjadi popular dikalangan pengguna telefon pintar iaitu Face Star. Dato’ Siti Nurhaliza juga tak terlepas daripada itu. Applikasi ini turut digunakan oleh penyanyi nombor 1 Malaysia itu atau lebih mesra dipanggil Tok Ti.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Tok Ti telah memuat naik sebuah video pendek dari filem Iron Man yang telah disunting menggantikan wajah suaminya Datuk K dengan watak superhero tersebut. Dalam video itu, Tok Ti menulis;
Bila dapat isteri terlebih kreatif .. suami pun di edit .. kalau B jadi ironman .. camnila kannn #habislaaakalauDktau
Gurauan Tok Ti ini boleh dikatakan agak sweet. Rata-rata netizen turut merasakan video ini agak mencuit hati kerana Datuk K kelihatan tersenyum sentiasa.

Suka sangat tengok aksi sweet dari TOkti and Tok K ni. Doa-doa lah semoga diorang dikurniakan zuriat. Mesti comel macam tokti jugak kan?

No comments:

Loading...