Thursday, 20 July 2017

Pakwe Kata Rindu,Fasha Sandha Jual Mahal

loading...
Loading...
Pakwe Kata Rindu,Fasha Sandha Jual Mahal

PELAKON sensasi Fasha Sandha akhirnya memberi bayangan hubungan dia seorang lelaki yang dikaitkan sebelum ini memasuki fasa seterusnya apabila membabitkan soal rindu.

Fasha berkata, persabatannya dengan individu itu berjalan dengan baik dan kedua-dua mereka sudah mula meluahkan rasa berkenaan selain menganggap pemuda itu membuatkan hidupnya kini bahagia.

"Saya berkawan rapat tetapi belum ke arah bercinta cuma sekarang fasa hubungan itu dah berani cakap rindu.

"Tetapi apabila dia cakap rindu saya tidak terus balas, kenalah jual mahal sikit... hahaha.
"Hendak kata hati sudah dimiliki pun belum lagi cuma saya selesa berkawan dengannya," kata Fasha.



Artis dibawah naungan syarikat pengurusan Mind Order pada majlis sambutan Aidilfitri pada malam Rabu.
Fasha ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran syarikat pengurusannya iaitu Mind Order Management yang diadakan di Ampang, Selangor pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Fasha berkata dia selesa berkawan dengan lelaki itu yang bermula hampir setahun lalu dan paling penting, dia dapat menerima anak-anaknya.

"Dia sukakan kanak-kanak dan anak-anak saya adalah keutamaan saya melebihi segalanya.

"Alhamdulillah dia terima anak-anak saya dengan baik dan itu antara sebab membuatkan saya selesa dengannya," ujar Fasha.

Fasha, 33, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 41 pada 27 April 2012.

Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada 20 Januari tahun lalu dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 4, dan Putri Raysha Jemaima, 3.

No comments:

Loading...