Sunday, 30 July 2017

Pakai Bra Macam Orang Bodoh,Ini Komen Ellie

loading...
Loading...
Pakai Bra Macam Orang Bodoh,Ini Komen Ellie

“Saya tak bodoh nak pakai macam tu saja-saja” – Pakai coli pink cara luar biasa hingga dikecam teruk netizen, ini jawapan Ellie Suriaty

Ellie Suriaty , satu nama yang tidak asing lagi kita dengar. Watak yang dibawa dalam lakonan semua ‘menjadi’ belaka .

Terbaru , Ellie yang akan membintangi pementasan teater Perempuan Satu Malam arahan Amar Asyraf .

Ellie yang dikatakan mahu berkongsi tentang perkembangan baru dirinya bakal tampil dengan monolog Aku Nak Jadi Bintang dalam teater tersebut .

Namun , dek kerana sekeping gambar yang dimuatnaik . Ellie dikecam oleh seorang wanita bernama Cumi Yumi , namun komen tersebut telah dipadam selepas dikecam semula follower Ellie .

“Selalunya saya tidak ambil kisah sangat dengan kecaman-kecaman yang diberikan di laman sosial, namun apa yang telah diperkatakan seorang wanita di ruangan komen gambar yang saya muat naik semalam bagi saya terlalu biadap.

“Hanya dengan melihat gambar tersebut, dia telah membuat kesimpulannya sendiri dengan melabelkan saya sebagai perempuan yang tidak bermoral menerusi perkataan-perkataan yang sangat biadap.

“Tidak cukup dengan itu, dia turut mengaitkan nama suami yang kononnya harus bertanggungjawab ke atas apa yang saya lakukan hanya untuk menegakkan apa yang dikatakan,” jelas Ellie.

No comments:

Loading...