Thursday, 27 July 2017

Biru, Kelabu Mata Anakku

loading...
Loading...
Biru, Kelabu Mata Anakku

Seremban: Sebelah mata warna biru manakala satu lagi kelabu. Itulah keajaiban dimiliki seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang menghidap sindrom Waardenburgmenyebabkan kedua-dua matanya berlainan warna ketika berusia tiga bulan.
Adira Azzhara Mohd Suhaimi yang juga anak pasangan Mohd Suhaimi Sumaji, 36, dan Norlaili Ahmad, 36, menghidap sindrom itu disebabkan perkembangannya tidak selari dengan usia hingga mata kanan menjadi kelabu manakala kiri bertukar biru.


Bapanya, Mohd Suhaimi berkata, perkara itu disedari apabila dia tidak menyebut atau memanggil ibu bapanya selain tidak menunjukkan sebarang reaksi jika terdengar bunyi sesuatu.
“Setiap perkembangan kanak-kanak mesti ada perubahan mengikut usia terutama dari segi percakapan dan reaksi. Tapi, dia (Adira Azzhara) tidak menunjukkan ke arah itu.
“Disebabkan itu, saya dan isteri membuat pemeriksaan di hospital swasta sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Doktor memaklumkan anak saya menunjukkan peratusan tinggi menghidap sindrom berkenaan.

No comments:

Loading...