Friday, 12 May 2017

Berdesing Telinga Bila Dia Cakar Cemin Tingkap

loading...
Loading...
Berdesing Telinga Bila Dia Cakar Cemin Tingkap

Hari ini, saya nak cerita tentang bilik kami ni dan ini memang pengalaman pertama kami. Benda tu tak tunjukkan diri tapi dia cuma ‘mengusik’ kami. Roomate saya ni dia boleh nampak segala benda ‘halus’ tu, kiranya macam hijab dia dah terbuka la tapi dia kata dia kalau ‘benda’ tu bawa main dia tak layan sangat.
Nama roomate saya tu Aya (bukan nama sebenar), malam tu saya dah tidur awal lepas tu dua orang lagi roomate pergi bilik sebelah siapkan assignment. Jadi masa tu tinggal Aya seorang je yang bangun dalam bilik kami, masa tu dia tengah menghafal surah Luqman dan jam masa tu pada pukul 1.30 pagi, tiba-tiba luggage dekat belakang pintu dia jatuh dan semua buku dan barang-barang alat tulis dekat meja dia pun ikut jatuh sedangkan angin kipas tu tak ada la kuat mana sampai semua tu boleh jatuh.
Masa tu Aya dah rasa lain macam dan dia tahu ‘benda’ tu memang nak bawa dia ‘main’ tapi dia buat tak kisah je siap boleh kemas balik semua barang-barang tu. Lepas tu kali kedua pula, dia sambung balik baca surah tu tapi tiba-tiba pula pintu bergerak macam ada ‘benda’ mainkan lepastu dihentaknya kuat tapi yang peliknya bilik sebelah tak pula dengar? Sebab bila dia keluar tanya bilik sebelah ada bunyi bising tak, mereka kata tak ada apa pun. Ketika ini Aya memang takut sangat dah tapi dia masih nak teruskan lagi menghafal.
Tapi bila ‘benda’ tu dah keluarkan bunyi cakar-cakar dari tingkap bilik tu memang masa tu juga la Aya tutup al-quran terus lari pergi bilik sebelah dan jam 2:47 pagi saya tersedar, lampu bilik memang padam cuma pintu je buka besar, locker kami pun semua memang terbuka besar, saya dengan masih dalam keadaan yang mengantuk pun tutup je buat mcm tak ada apa-apa,
Saya nampak macam kelibat Aya baring atas katil tapi bila saya buka lampu yang ada cuma kain batik Aya tu je. *Aya pernah cerita kadang-kadang benda tu boleh menyamar jadi dia* Masa tu memang tak fikir apa pun.
Tapi memang tipu la kalau bulu roma tak berdiri, keesokannya baru Aya ceritakan semuanya. Bagi saya ni memang seram sebab saya tak pernah duduk asrama, lagi-lagi sekarang ni baru semester 1 di sini. Walau apapun, sebelum tidur memang kena baca 3qul dan ayatul kursi supaya jin dan syaitan tidak datang mengganggu.

No comments:

Loading...