Monday, 24 April 2017

BUAH PERIA KENIT SEBELAH PUSARA LAMA DI MUAR KATANYA MILIK BUNIAN

loading...
Loading...

BUAH PERIA KENIT SEBELAH PUSARA LAMA DI MUAR KATANYA MILIK BUNIAN

.Untuk paparan kali ini kami ingin kongsikan sebuah penemuan unik ketika menyinggah sebentar untuk menukar tayar di sebuah bengkel di bandar Muar Johor.

Bersebelahan bengkel ini terletak sebuah tanah perkuburan lama,Berhadapan 
dengan 7Eleven.Sementara menunggu saya menjenguk kawasan pusara lama.

Mengikut cerita rakan saya,Tanah perkuburan tersebut telah wujud lebih dari 
tiga puluh tahun yang Lepas,kerana Tanah perkuburan tersebut juga merupakan 
tempat dimana Arwah Atuk dan nenek nya bersemadi.Terdapat sebuah jalan
 yang menghubungkan jalan utama untuk kemudahan penduduk yang mendiami 
kawasan tersebut.

Walaupun terik matahari,kawasan pusara ini kelihatan sunyi sepi,serta agak
 menyeramkan,manakan tidak terdapat berberapa pokok besar berdiri tegak 
diatas pusara,serta kelihatan Batu Nisan yang patah,tumbang serta kelihatan 
tidak terurus.cuma satu dua pusara sahaja yang di baiki dengan diletakkan 
kepuk kubur yang baru.yang pastinya,kawasan ini pasti menyeramkan diwaktu 
malam.



Tujuan paparan Catatan ini,bukan lah nak ceritakan pasal Tanah perkuburan,
akan tetapi satu penemuan yang unik dan merupakan pertemuan pertama kali 
dalam hidup saya apabila mememukan Buah peria yang mempunyai saiz luar 
biasa,ianya cuma sebesar ibu jari melingkar diatas pagar bengkel!.Ini merupakan
 kali pertama saya temui saiz sekecil itu.saya pernah tunjuk kan gambarnya 
kepada rakan di sebuah warung di Melaka.Mereka memberitahu itu Peria Kenit,
sekadar untuk hiasan rumah.

 Dah masak betul tu...tak ada yang nak petik?

Ada pula mengatakan itu peria bunian!! Hahaha macam tak kena je!.Entah bila
 agaknya bunian bertanam bersebelahan kubur.Entah lah....apa pun bagi saya,
iainya sangat unik dan comel.




Yang ni pula saya pernah tenui dahulu,sejenis tanaman 
berbuah 
seperti timun.
Kalau tak silap timun pipittimun,cuma saiznya sebesar jari telunjuk yang membuatkan iainya lain dari 
yang lain.Dahulu waktu kanak-kanak,arwah atuk suka timun kecil ni,cicah sambal.buat ulam.namun jika dibuat lauk,mungkin tak sesuai kerana saiznya begitu.mahu satu ladang habis 

dipotong untuk menyamai timun sebenar.

labuemas

No comments:

Loading...