Tuesday, 28 June 2016

Jom Lihat Limpahan Hadiah Buat Baby Baru Di Raja Johor

loading...
Loading...
Jom Lihat Limpahan Hadiah Buat Baby Baru Di Raja Johor

KUALA LUMPUR: Kerabat Diraja Johor hari ini berkenan mengumumkan nama puteri sulong kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che’ Puan Khaleeda Bustamam yang dilahirkan pada 25 Jun lalu diberikan nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail.
Pengumuman berita gembira tersebut diumumkan Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi satu kenyataan di laman Facebook JOHOR Southern Tigers, sebentar tadi.
“YM Che' Puan Khaleeda dan puteri sulung baginda berdua yang diberi nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail berada di dalam keadaan sihat. Allah Peliharakan Sultan,” kata kenyataan tersebut.
Dalam perkembangan sama, Che' Puan Khaleeda dilaporkan selamat berangkat pulang ke Istana Bukit Pelangi pada Isnin selepas melahirkan puteri sulung di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Laman Facebook JOHOR Southern Tigers turut berkongsi beberapa gambar Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda bersama paduka puteri.
Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda melangsungkan pernikahan pada 2014






No comments:

Loading...